Acar Ikan Talang Masin Kaklong Sampai Ke Johor

Cerita ni sebenarnya jadi masa bulan ramadan lepas taktau la kenapa homesick tak terkira sampai rasa nak balik kampung masa tu juga. Mujur kaklong saya sudi masakkan acar ikan talang masin lepas tu poskan ke Johor. Kalau ikutkan boleh jela nak masak sendiri tapi nak ada rasa dari kampung gitu. Mengada-ngada betul ! 


Anyway, untuk acar ikan talang yang kaklong saya masakkan ni sumber resepinya dirujuk dari Instagram Yatie Kitchen. Tapi dengan sedikit olahan untuk disesuaikan dengan citarasa kami nih. Acar ni yang sedapnya makan dengan nasi panas siap dengan ulam dan sambal belacan sekali. Memang terangkat !


Resipi Acar Ikan Talang Masin ( Diolah dari Resepi Asal Yatie Kitchen ) :

Bahan-Bahannya :

  • Cili kisar 5 sudu makan
  • Rempah kari ikan - sepeket
  • Ikan talang masin ( 200 ke 500 gram)
  • Gula Melaka - 1 ketul besar
  • 4 kotak kismis
  • 2 peket lobak masin dipotong halus

Bahan2 dibawah rendam dengan cuka 1 botol kecil + air panas 1 cawan selama 2 jam :

  • 30 ulas bawang kecil ( bawang india ) dibelah dua
  • 15 ulas bawang putih dibelah empat
  • 2 -3 inci halia potong dadu
  • 30 tangkai cili padi merah & hijau

Bahan-bahan Yang Perlu  Dikisar Halus :

  • 2 ulas bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

acar ikan masin homemade

Cara Masak Acar Ikan Talang Masin:

  • Bahan kisar hendaklah ditumis sehingga naik bau kemudian masukkan cili kisar kacau dan tumis sampai pecah minyak.
  • Masukkan rempah kari ikan dan gaul rata.
  • Kemudian bahan-bahan yg telah direndam cuka  tadi campurkan semua sambil kacau sebati ( air cuka dimasukkan sekali )
  • Masukkan gula melaka 1 ketul besar.
  • Masukkan 2 peket lobak masin yang telah dicincang halus
  • Masuk 4 kotak kismis
  • Masuk 1 sudu kecil serbuk perasa (kalau taknak tak apa)
  • Akhirnya masukkan ikan talang masin yang dah  dipotong kecil. Kalau ikut resepi asal ikan masin digoreng dahulu, tapi yang ini terus je masukkan ke dalam masakan.
  • Masak selama sejam sehingga pecah minyak dan betul-betul masak.
  • Biarkan sejuk dan masukkan dalam botol kaca.

Dah siap pun acar ikan talang masin ni. Nasib baiklah adik yang bongsu ada boleh tolong poskan ke Johor. Alhamdulillah memang sampai habis raya pun tak luak lagi stok acar ikan masin saya nih. Anyway, selamat mencuba semua. 

20 comments:

  1. alolo cian mengidam masakan kat kampung. alhamdulillah selamat sampai ke Johor acar ikan talang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ! nasib baik selamat sampai..risau pecah juga dalam parcel..

      Delete
  2. Hari tu beli je yang UAK ... tak try buat sendiri lagi... sebab nak dapatkan ikan talang pun tak mudah kat johor ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah juga yang jual, nanti boleh cuba juga.

      Delete
  3. saya sampai skg xpandai mkn apa saja jenis acar..huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh dah tu cuba, ada seller jual dalam pek kecil kalau nak cuba rasa. Sedap !

      Delete
  4. allahu sedapnya air tangan ibu..wuaaaa

    ReplyDelete
  5. Bplehlan cuba resipinya nanti

    ReplyDelete
  6. Sedapnya lahai, lagila dari family yang masakkan... mau bertambah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ! itula pasal. Sanggup tunggu parcel sampai

      Delete
  7. xpernah merasa lg acar ikan masin ni..
    ni kalo rs mesti nk mkn lg.. haha..
    nmpk sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa sedap ! haha..rasa masam manis pedas semua ada. Mmg ngam dengan nasi panas. Try la sis..

      Delete
  8. Tak pernah cuba makan dan masak lg. Nampak memikat selera

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]