Cara Beli Nama Domain Lebih Murah

Hari ni saya nak share tutorial tukar nama blogspot.com kepada .com? Antara provider yang biasa kita dengar ialah dari laman GoDaddy yang merupakan antara pendaftar (registrar) utama untuk domain.

Nama domain ialah nama laman web atau blog korang. Contoh macam blog ni, nama domainnya ialah :  Eksplorasilea.com 
 
cara beli domain murah

Cara-cara Tukar Nama Domain Blogspot kepada Dot Com:


[1]    Mula-mula search GoDaddy.com dekat Google

    • Lepas tu pergi laman web mereka. Kalau dapat klik yang link Ads tu sebab ada promo kod tertentu yang ditawarkan. Korang mesti tak nak spend banyak sangat modal beli domain kan?

[2]     Cek Domain Availabiliy 

    • Sebelum beli kena check domain tu available ke tidak. 
    • Masukkan nama Domain dan [ KLIK SEARCH ]
    • Kalau available boleh terus klik  [ ADD TO CART ]

[3]     Bayar Harga Domain 

    • Sebelum bayar pastikan kalau ada kod promosi tu jangan lupa GUNA (barulah dapat harga murah untuk domain korang)
    • Kalau belum register akaun di GoDaddy.com biasanya akan disuruh register dahulu.
    • Lepas tu proceed ke tempat bayaran [ Boleh bayar guna Debit/Credit card ]


[4]     GoDaddy Upsell 

    • Sebelum bayar tu korang akan dibawa ke page promosi yang tawarkan pakej tambahan. Adakalanya pakej itu korang tak perlukan pun sebab korang cuma nak beli Domain sahaja.
    • Pilih [ No, Thanks ] sahaja pada bahagian tersebut melainkan korang nak beli pakej tambahan tersebut.


[5]     Isikan Maklumat Bayaran

    • Isikan semua maklumat yang diperlukan dan lakukan pembayaran.
    • Tadaa ! Siap dah beli domain.



Untuk kali ni saya masukkan maklumat klien seperti di Pendaftaran SSM. Nama syarikat/bisnes serta alamat. Antara kelebihannya nanti korang boleh masukkan dalam maklumat deklarasi cukai LHDN. Lagi-lagi beli domain untuk buat website syarikat atau perniagaan.

Biasanya promo nih untuk setahun SAHAJA ye, tahun depan korang kena la bayar harga biasa dalam RM45 ++ tak termasuk kos domain protection, tax dan sebagainya. Nak-nak kena simpan dalam RM65+ juga untuk maintenance domain setahun. 

Kalau korang rasa leceh nak beli atau belum mahir, korang boleh dapatkan khidmat saya belikan domain. Bukan tu je, saya registerkan terus untuk tukar nama blogspot korang ke .com pun boleh. 

Baca sini lagi : Servis Buat Blog 

13 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

  1. da lama berdomain. tapi aida x buat sendiri hi hi hi hi... tempah. bayar. siap! yg ni nampaknya murah la. compare dgn aida punyer la skang. baru je renew bulan lepas.
    nampaknya lepas ni kena belajar nak tukar ke provider lain la kot hi hi hi... jimat skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tengok mana-mana provider lain yang lagi murah dan jimat hehe

      Delete
  2. Bagus infonya. Saya pun upah orang lain. Kalau buat sendiri mau kelaut jadinya.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak upah saya boleh juga haha

      Delete
  3. Murah dan Menarik, boleh buat survey untuk next blog domain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah, boleh survey dulu Bonde..

      Delete
  4. domain protection tu baru tau..nanti nak renew nak kena tambah lah yang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena protect domain. Kalau tak nanti tiba-tiba je hilang.

      Delete
  5. Marina upah orang je buatkan. Hihihi. Thank you share info ni

    ReplyDelete
  6. thanks share. kak pip dlm perancangan nak buat blog ke dua, so maybe akan considerkan utk register under godaddy pula.

    ReplyDelete
  7. Mudahnya, boleh lah nak beli untuk 2nd blog nanti

    ReplyDelete
  8. macam nak beli domain lain juga nanti..sonok tengok harga murah je tu..

    ReplyDelete
  9. Masa tukar nama domain aritu, minta orang lain buatkan. Kalau buat sendiri, mahu berhari² pening kepala baca bahasa komputer hihihi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post