Kali ni saya nak share dengan korang tentang cara-cara nak buat quotation untuk job menulis pemula (beginner level) macam saya nih. Harapan saya dalam masa terdekat akan ada company yang berminat untuk perlukan saya dalam kerja penulisan dan juga review servis mereka. 

Apapun apabila kita dah mula deal dengan syarikat berdaftar ni biasanya yang akan diminta ialah quotation ataupun sebut harga untuk kerja-kerja penulisan atau review produk yang akan dijalankan.



1. Maksud Sebut Harga (Quotation) :

Quotation ataupun sebut harga ialah suatu bentuk dokumen yang diberikan kepada pelanggan semasa urusan jual beli produk ataupun perkhidmatan yang kita disediakan. Di dalamnya akan dinyatakan dengan jelas setiap harga barangan ataupun perkhidmatan yang telah dipesan oleh pelanggan ataupun jenis kerja yang akan dilakukan untuk pihak mereka.


2. Maklumat Yang Perlu Ada Dalam Sebut Harga (Quotation) :

Antara perkara yang perlu diperincikan dalam quotation yang bakal korang hantar kepada customer ialah seperti dibawah;

    • Maklumat penting yang berkaitan produk/perkhidmatan yang dijual atau ditawarkan.
    • Nama produk/perkhidmatan dan juga keterangannya.
    • Jumlah produk yang dipesan
    • Harga untuk setiap unit produk ataupun perkhidmatan
    • Jumlah diskaun yang diberi jika ditempah secara pukal jika ada
    • Kaedah pembayaran (nombor akaun korang)

Yang penting ialah perkara yang dah dipersetujui oleh kedua pihak atau perkara yang nak disampaikan mesti ada dalam quotation. Lagi satu kita perlu pastikan segala isi yang terkandung dalam surat tersebut boleh memberitahu pelanggan info berkaitan produk dan juga perkhidmatan yang kita tawarkan.


3. Contoh Sebut Harga : 

Saya lampirkan contoh quotation untuk job penulisan yang saya beri pada customer.  Tak banyak sangat perkataan yang bukan-bukan cuma isi penting yang nak disampaikan kepada pelanggan sahaja.


contoh quotation untuk penulis bebas freelance

Ini salah satu contoh sebut harga untuk servis penulisan yang boleh diberi untuk mana-mana company ke atau yang berminat nak review produk mereka. Atau contoh kalau korang nak minta saya tulis dekat blog korang pun boleh dengan harga sekian-sekian macam tu.

Ada yang tanya nombor quotation tu nak letak nombor apa? 

Biasanya nombor berturutan (running number) yang kita letak dekat situ sebagai rujukan kepada kerja yang kita akan buat untuk customer :
  • Tahun 2021 (saya ambil belakang je sahaja sebagai contoh -21)
  • Bulan 05
  • Kerja yang ke berapa 001 (kerja pertama yang korang terima)

Jadi nombor quotation boleh diletak sebagai : #2105001

Kenapa Kena Ada Format Formal Untuk Quotation :

  • Sebab apabila kita deal ataupun bersetuju untuk kerja yang melibatkan syarikat besar contohnya, mereka kebanyakannya mengamalkan sistem filing yang melibatkan Quality Management System (QMS). 
  • Syarikat mereka akan akan diaudit setiap tahun supaya sijil QMS mereka dapat diteruskan dan boleh beroperasi dengan baik.
  • Maka setiap urusan keluar masuk perbelanjaan syarikat juga akan diaudit. Penting apabila kalau la tiba-tiba mereka minta kita salinan quotation untuk job penulisan tahun lepas contohnya, kita pun senang nak rujuk sebab dah ada rekod dengan sistem nombor dokumen tadi. Kita boleh terus hantar salinan kepada customer.

Setiap kerja yang dibuat adalah bergantung kepada terma-terma yang korang nak letak atau pegang masa buat kerja menulis nih. Boleh juga dinyatakan dengan jelas dalam quotation atau sebut harga yang diberi kepada pelanggan atau customer.

Apapun selamat mencuba semua. Maklumat diatas adalah dari setakat dari pengetahuan saya. Kalau nak lebih professional korang boleh khidmat akauntan yang bertauliah. Andai nak tanya pun boleh email je dekat sebelah nih. Terima kasih kerana baca.