Kempen Kibar Bendera Putih Jika Terputus Bekalan

Buka Twitter nampak kempen Bendera Putih nih. Sebenarnya tak tau siapa yang mulakan cuma yang penting mesej kemanusiaan yang dibawa disitu. Dalam keadaan yang tidak menentu sekarang, ramai yang terkesan. Ada yang tidak dapat jalankan perniagaan, diberhentikan kerja dan juga yang terputus bekalan makanan di rumah. 

Untuk yang terkesan tidak perlu merayu dan juga tidak perlu untuk malu. Mohon kibarkan bendera putih jika anda dalam kesusahan dan hampir putus asa serta rasa tiada jalan keluar. 

Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih, kibarkannya di kediaman anda. Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu. Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang. Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera. Semoga ada yang datang membantu"

Semoga dengan ini dapat mengurangkan bebanan mereka yang mengalami kesusahan, hilang pekerjaan dan tiada sumber pendapatan. Allahuakbar, semoga pandemik ini segera berakhir dan kehidupan kita semua dapat diteruskan seperti biasa semula. InshaAllah amin..

9 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

  1. mana yang boleh kita bantu kita bantu dan sokong, bagus juga cara gini kita boleh tahu kot kalau ada jiran kita yang ada masalah terputus bekalan di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kadang2 mereka segan dan sebagainya. InshaAllah kita bantu semampunya..

      Delete
  2. sebakk.. ='(
    semoga semuanya baik2 je..
    makin ramai yg menderita skrg ni..

    ReplyDelete
  3. sedih jugak. moga semuanyaa baik2 jaa :)

    ReplyDelete
  4. inisiatif yang bagus dan harap dapat membantu mereka yang susah dan jangan pulak yang buat-buat susah dan menyusahkan orang lain kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post