Mula Servis Buat Blog ( Blogspot )

Minggu ni berjaya transfer blog kepada empunya yang menempah. Alhamdulillah syukur ya Allah..! Bukan apa lama sangat dah tak ambil upah buat blog orang lain lagi. Skill pun dah berkarat ! Tapi sebab nak cabar diri, saya cuba juga buat sehabis baik, inshaAllah.

Servis Buat Blog Sendiri Harga Berpatutan :

Untuk kali ni, Puan empunya nak cuba melebarkan empayar perniagaannya lebih jauh lagi. Dalam masa sama mula berblog & share hal-hal yang berkaitan kehidupannya dan cabaran sebagai seorang ibu anak dua yang bekerja dari rumah. Puan empunya mula dengan blogspot dahulu serta domain yang dipilih beliau berjaya didaftar sempurna. 


Boleh saya katakan pakej kali ni agak mencabar sebab saya perlu bermula betul-betul dari kosong dan juga perlu menulis untuk beberapa artikel berkaitan perniagaan beliau. Yang mana pengetahuan saya agak terhad dan perlu buat sedikit bacaan dan kajian yang berkaitan.

Bukan itu saja, tapi termasuk cara-cara nak tulis artikel dan juga consult cara nak posting dan sebagainya. Cuma buat masa ni terhad kepada blogspot (google) sahaja dulu. Kalau ada yang berminat nak mula berblog tapi tak tahu cara nak bina blog sendiri boleh tanya saya okey.

Peluang Pemilik Bisnes Buat Website Sendiri :

Untuk pemilik perniagaan yang perlukan servis buat blog jomm singgah ke website rasmi dan jangan malu segan nak tanya pasal blog atau website. Kami sedia membantu. Ini kerana apabila suatu blog itu telah dibangunkan dengan baik, ianya akan membawa traffic dan kunjungan daripada pembaca seterusnya berpotensi tinggi untuk menarik pelanggan. Terutamanya untuk mereka yang mencari produk dan juga servis  yang anda tawarkan. 

Reactions

Post a Comment

4 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]