Order Telur Ayam Kampung Segar Dari Ladang Pembekal JB

Baru-baru ni saya ada order telur ayam kampung dari ladang yang dihantar dari Bukit Indah. Mula-mula tu saya risau juga kalau pesanan yang dibuat lambat sampai ke rumah. Tapi rupanya penghantaran dibuat oleh pihak pembekal telur ayam dalam masa 24 jam jika pesanan serta bayaran secara atas talian dilengkapkan sebelum jam 3 petang.

Ciri- Ciri dan Manfaat Telur Ayam Kampung :

Telur ayam kampung biasanya berwarna lebih putih dibanding telur ayam biasa yang berwarna coklat. Antara manfaat telur ayam kampung ni ialah kaya dengan vitamin D, membantu menurunkan risiko sakit jantung. Selain itu kandungan omega-3 pada telur ayam kampung juga tinggi dan sangat baik untuk kesihatan kita.

Order dan Borong Telur Ayam Kampung dari Ulu Tiram, Johor :

Secara peribadi saya kagum dengan kepantasan pembekal menghantar order yang dibuat dalam masa sehari saja. Ada juga pembekal telur ayam kampung Kulai sedia ada tapi disebabkan pesanan boleh dibuat secara online di website pembekal, jadi excited nak try.

Perkhidmatan yang senangkan kerja kita order je telur ayam kampung online lepas tu dapat harga yang murah dan berpatutan macam ni memang sangat memudahkan lagi-lagi untuk surirumah macam saya. Bukan senang kan kalau nak saja-saja keluar sekarang terutamanya negara masih dalam tempoh kawalan pergerakan (PKP).

Baca lagi : Cara-cara Nak Masak Telur Dadar Gebu dan Sedap

Dengan sekatan jalanraya dan SOP juga makin diperketatkan memang duduk dirumah tunggu jela barang sampai lagi baik. Selain itu rakyat juga lebih digalakkan untuk duduk dirumah jika tiada urusan penting diluar. Memang sesuai sangat apabila ada perkhidmatan penghantaran telur ayam kampung yang boleh dibeli online macam ni.



Selain itu, kita dah tak perlu bimbang tentang masalah telur rosak atau pecah semasa dalam perjalanan ke rumah.

Pada saya ianya adalah usaha yang sangat bagus dari pihak pembekal telur ayam memandangkan kebanyakan pengguna sekarang lebih suka order barang secara online.

Kalau korang nak tahu, telur ayam kampung yang dihantar ke rumah pelanggan dari Telur.my adalah ;

  • Segar dari ladang mereka yang terletak di Johor Bahru, Johor.
  • Telur ayam kampung berkualiti dengan harga lebih murah dan lebih jimat.
  • Penghantaran telur ayam kampung segar ini meliputi kawasan sehingga ke Skudai, Masai , Gelang Patah serta Kulai.
  • Pelanggan boleh memilih untuk terus subcribe atau langgan telur secara tahunan.

Langgan Telur Ayam Kampung Segar Secara Bulanan/Tahunan:


Jika korang jenis yang memang beli telur ayam buat stok dekat dapur korang boleh langgan (subscribe) perkhidmatan penghantaran telur secara tahunan dengan 20% diskaun segera dan dapat harga yang lebih jimat.

Dalam masa sama korang akan dapat penghantaran stok telur ayam kampung terus ke depan pintu rumah atau di meeting point yang akan ditentukan. Dah tak perlu nak susah payah fikir mana nak dapatkan stok telur ayam kampung yang segar lagi.


Selain itu langganan juga boleh dibatalkan bila-bila masa dengan hanya bayaran pemprosesan sebanyak RM2 sahaja. Mudah kan? Kalau nak tengok dulu feedback pelanggan yang lain korang boleh je terjah ke laman facebook mereka di pautan yang saya letakkan di bawah artikel.

Sebenarnya kami sekeluarga ni memang pencinta telur ayam. Maksud saya, kami suka sangat makan masakan yang berasaskan telur contohnya telur masak kicap manis, telur dadar ataupun telur separuh masak dengan roti bakar untuk sarapan.

Telur goyang kahwin yang paling sedap saya pernah rasa ialah ketika kami melawat Ipoh dua tahun lepas kalau tak silap. Jangan terkejut pula kenapa ‘kahwin’ ! Sebenarnya ianya ialah telur separuh masak yang diletakkan di antara dua keping roti bakar dan disapukan kaya serta marjerin. Memang sedap !

Telur ayam kampung yang terdapat di Telur.my ini adalah daripada ayam betina yang sihat dan diberi makan dengan jenis makanan dari campuran jagung import, kacang soya dan juga bacillus natto. Ianya merupakan sejenis makanan yang sangat bagus untuk memelihara kesihatan ayam telur dalam ternakan.

Dengan itu telur-telur yang dihasilkan juga tidak berbau, berwarna kuning keemasan dan semestinya mempunyai rasa yang lebih sedap serta kaya dengan nutrisi yang menyihatkan.


Lebih Jimat Beli Telur Ayam Kampung Segar Online :

Jadi untuk korang berada dalam kawasan ni boleh la order di website mereka iaitu Telur.my dan jangan lupa kalau nak diskaun dan nikmati penjimatan semasa belian, korang boleh gunakan kupon ;

'LiaRazali' semasa checkout untuk 10% diskaun ke atas produk yang korang order.
Hanya terhad kepada satu pengguna sahaja
Kupon tamat pada 31 July 2021
    
    Website : Telur.my
    Facebook: Facebook.com/telur.my/reviews/


Jangan lupa tau order hanya dekat website atau contact nombor yang tertera pada bahagian khidmat pelanggan kalau korang ada apa-apa pertanyaan ataupun cadangan penambahbaikan pada servis Telur.my.

Oh ye , korang nak tengok tak saya buat Egg Rolls ala Korea ? Jomm..!


Reactions

Post a Comment

14 Comments

  1. Klu dekat aku dh order ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur ayam kampung tuu, kalau kat bandar susah nak cari..skrg dah ada pembekal senang dah..

      Delete
  2. bestnya ada supplier fresh dari penternak sendiri. Kalau dekat supermarket mostly dah peram lama. Bila beli dah nak jadi ayam dah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik2 keluar anak ayam haruuu haha!

      Delete
  3. wah. bagusnya kalau ada yg dekat dgn aida gini. telur wajib ada di rak dapur. tapi tu la, telur ayam kampung hanya boleh beli kat pasar. hmmmmm sejak pkp 1.0 aida tak jejak2 pasar.
    inisiatif bisnes yg bagus gini. kita kena buat bisnes selari dgn peredaran zaman, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Aida, lagi2 masa PKP macam ni punya susah nak keluar nak lepaskan roadblock. Elok je dia hantarkan terus ke rumah senang kan..

      Delete
  4. Syok ni kalau ada kat area Lembah Klang. Lagi-lagi telur ayam kampung ni sejenis rare jugaklah cari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannye, susah nak cari telur ayam kampung biasanya

      Delete
  5. Bagusnya senang nak dapatkan telur kampung segar dari ladang pulak tu... best kalau ada servis mcm ni kat area rumah nih

    ReplyDelete
  6. dekat je dengan kita ni.Senanglah nak melanggan lepas ni.Yang penting telur fresh dari ladang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, nanti boleh terus ke website Telur.my untuk subscribe

      Delete
  7. Telur ayam kampung memang banyak khasiat kan. Senang lah buat sistem camni tak yah fikir dah nak dapatkan stok setiap bulan.

    ReplyDelete
  8. Jap. Kat johor je ke..omai omaii jauh nauuu

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]