Resepi Puding Karamel Kukus Mudah dan Sedap

Salam semua, kadang-kadang bila tiba rajin tu macam-macam jenis masakan nak masak. Okey kali nih nak share dengan korang resepi puding karamel cara mudah je. Ada juga yang buat puding karamel tanpa telur, tapi saya belum pernah cuba lagi resipi yang itu. 


Apapun. puding karamel ni memang sangat sedap apabila dimakan sejuk-sejuk. Bahan-bahannya nih kalau nak mudah korang satukan guna blender je.


resipi puding karamel mudah guna blender

Resipi Puding Karamel Sangat Sedap dan Mudah Dibuat :

Bahan-bahannya

  • Telur size A - 4 biji
  • Satu tin susu cair - 400ml
  • Air - 150ml
  • Gula pasir - 4 sudu besar
  • Esen vanilla - 1 sudu kecil

Untuk Karamel :
  • Gula pasir 5 sudu besar
  • Air 2 sudu besar

Cara-caranya ialah : 

  • Sediakan karamel dengan cara panaskan gula sehingga cair guna api perlahan. Kemudian tambah air dan kacau pantas.
  • Kemudian tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
  • Satukan semua bahan lain dalam mangkuk. 
  • Panaskan atas api sederhana dan kacau perlahan. Jangan sampai berbuih. 
  • Cukup sekadar telur kuning pecah dan sebati dalam campuran bahan. 
  • Kemudian tapiskan dan tuang ke dalam loyang karamel tadi.
  • Tutup loyang puding dgn aluminium foil supaya titisan air tak masuk.
  • Kukus selama 45 minit atau sehingga masak. 
  • Puding ini juga boleh dikukus di dalam oven dgn cara waterbath (caranya letak air di dalam loyang) 
  • Sejukkan kemudian terbalikkan ke atas pinggan lain.
  • Potong dan hidangkan.
  • Ataupun boleh juga disejukkan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.

Selamat mencuba semua. 

Reactions

Post a Comment

10 Comments

  1. wah! Sedap tu...nak suruh isteri buat la nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom try Abg Kie, mmg sedap puding nih.

      Delete
  2. Sedapnya boleh buat ni. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try2, memang sedap cepat je abis hehe

      Delete
  3. sedapnyaaaa..akak saya selalu buat..wuaaaa rindu nak balik kg

    ReplyDelete
  4. sedapnya makan sejuk-sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, kalau buat byk2 letak dalam peti sejuk

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]