Resepi Tauhu Telur Jepun Simple

Stok tauhu telur atau jepun nih memang sentiasa ada. Tauhu telur atau tauhu jepun ni lebih lembik dan lembut. Tak keras sangat berbeza dengan tauhu petak yang biasa tu. Jom korang saya share resepi tauhu jepun simple dan sedap. Kalau takde idea nak masak tu paling tidak cari balik resipi telur jela.

resepi tofu telur simple

Resepi Tauhu (Tofu) Jepun Sedap Dengan Sayur Hijau :

Bahan-Bahannya ialah :

  • Tauhu telur 1 peket
  • Bawang putih dihiris halus
  • 1 - 2 sudu besar sos tiram.
  • Cendawan shitake (tak ada pun tak apa)
  • Sayuran hijau
  • Daun sup, hiris.
  • 1 sudu tepung jagung bancuh dengan sedikit air 
  • 2 biji telur, pukul dengan garfu.
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara Memasak Tauhu Jepun :

  • Goreng tauhu jepun yang dipotong dengan minyak betul-betul panas
  • Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. 
  • Kemudian masukkan sos tiram, air dan juga cendawan.
  • Masukkan tauhu yang sudah digoreng tadi dan biarkan direbus sebentar
  • Masukkan bancuhan tepung jagung untuk tujuan pekatkan kuah
  • Masukkan telur yang telah dipukul tadi dan kacau
  • Biarkan masak sebentar dan sedia dihidangkan

Tidak lupa juga selamat hari bapa kepada semua yang telah bergelar ayah, yang ikhlas mencari rezeki demi kelangsungan kehidupan anak isteri. Yang tidak jemu mengajar dan rela berkorban demi keluarga tercinta.

Allahuakbar, rindu sangat pada arwah ayah, Razali.

Teringat susuk seorang ayah yang telah lama meninggalkan kami lebih 10 tahun lepas. Susuk yang kami panggil Abah. Yang sangat baik, yang tidak lokek serta rajin bersedekah walaupun dirinya sendiri dalam kesusahan. 

Semoga arwah ditempatkan dikalangan yang beriman di 'sana' inshaAllah aminn...

Anyway, anak-anak suka betul makan tauhu telur nih. Selamat mencuba semua. 

4 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

  1. sedap kan....mmg comfort food betul kalau makan tauhu telur niii

    ReplyDelete
  2. thank you sharing resepi

    ReplyDelete
Previous Post Next Post