Tiada Idea Nak Tulis Apa

Dalam dua tiga minggu ni saya ada juga la join kelas menulis untuk beginner. Sebab skill menulis tak berapa nak tajam macam orang lain. Lagi satu sebab nak dapatkan pendedahan tentang dunia penulisan yang otai-otai dah join lebih dahulu daripada kita. Best juga sebab ada dua hari cover macam-macam topik tentang dunia penulisan. Antaranya content writing, ghostwriting dan juga teknik memikat.

Join Kelas Menulis Belajar Teknik Memikat ...?


Hah ! teknik apa pula nih? Jangan risau teknik memikat pembaca untuk baca sampai habis. Sedih jugak la kalau dah tulis banyak-banyak tapi orang yang membacanya tiada. Bagai tertusuk sembilu rasa pedihnya. Macam tu sekali rasa dia. Ok, berbalik semula ke topik penulisan tadi. Kelasnya okey, diberikan nota dan juga kerja atau task untuk setiap sesi. 

Saya ambil satu extra kelas iaitu modul harga penulisan. Yelah kan, baru-baru lagi nih bila klien tanya nak kena bayar berapa kalau upah tulis, boleh termenung kejap nak menjawab. Kalau letak tinggi sangat nanti orang lari. Kalau rendah sangat nanti dah kacau harga pasaran pula. Jadi penting juga nak tahu berapa nilai penulisan yang patut kita letakkan selari dengan skill kita.



Habis kelas dua hari saya terus blank ! Haha, apa kau gila ke lepas dah masuk belajar terus tak ada idea. Ye betul, sehingga ada beberapa task yang saya terpaksa skip. Tak bergerak, tak tahu nak tulis apa walhal sebelum tu bermacam idea berpusing dalam otak saya nih. Macam tu je saya habiskan kelas.Sedih peluang untuk task saya disemak oleh fasilitator terbazir macam tu je. 

Tapi itula bukan saya seorang rupanya ada juga peserta lain alami perkara yang sama. Jem ! Fasi kata tu perkara biasa bila kadangkala kita terlalu menekan sehingga idea yang ada tinggal idea. Jadi, solusinya saya buat hal lain dulu. Mandi, makan..tengok TV atau dengar lagu sampai rasa nak menulis datang dengan sendirinya.

Pengalaman menulis ni berbeza-beza antara tiap penulis. Ada penulis yang gifted, natural. Smooth je penulisan dia. Kita yang baca pun rasa seronok. Ada pula yang memang kena berusaha lebih. Kena banyakkan membaca dan masuk kelas macam saya. Itupun belum tentu lagi boleh menulis dengan baik.

Hmm...itula ceritanya saya hampir tiada idea nak tulis apa minggu nih.

5 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

  1. Samalah, kadang kadang buntu tak tahu nak menulis apa huhuhu

    ReplyDelete
  2. Haa jd blogger ni kena sentiasa ada idea. Bila mood menulis tu ada terus taip buat entri autopublish siap2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, kena cepat tulis idea kalau tak ..kelaut dalam hehe

      Delete
  3. ada timee tetiba jaa xde mood nak menulis kan :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post