Antara Resepi Masakan Telur Mudah Disediakan

Kalau sebut masakan telur ni sebenarnya banyak jenis masakan telur sedap-sedap yang boleh kita sediakan. Resepi masakan telur mudah untuk disediakan. Lagi-lagi masa tengah nak berjimat cermat maka telur la yang paling cepat untuk dimasak. Teringat zaman kecil-kecil dulu masakan telur la antara yang paling saya gemari terutamanya telur goreng mata kerbau. 

Nikmatnya makan dengan kicap dan cili potong. Masa tu kalau ada kenduri kahwin sanggup minta pada tuan rumah kalau ada telur rebus lebih untuk dibawa pulang. Macam-macam jenis masakan telur boleh dibuat dengan telur rebus nih. 


Antara Resepi Masakan Telur Mudah & Jimat :


1. Telur Goreng Mata Kerbau Masak Kicap:

telur goreng masak kicap sedap simple

Bahan-bahannya:

  • 5 biji telur
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 4 sudu cawan kicap lemak manis
  • Sedikit stok ayam
  • Hirisan membulat bawang besar untuk hiasan

Cara-caranya :

  • Mayang nipis bawang putih dan bawang merah
  • Goreng telur sebiji demi sebiji dan asingkan
  • Tumis bawang merah dan putih hingga naik bau
  • Masukkan semua jenis sos dan tumis sebentar
  • Masukkan kicap dan kacau serta masukkan sedikit air
  • Tambahkan stok ayam dan sedikit garam jika masih tiada rasa
  • Tambahkan air setengah cawan dan kacau lagi
  • Masukkan telur tadi biarkan didih
  • Taburkan hirisan bawang besar.
  • Sedia dihidangkan.

2. Telur Rebus Goreng Sambal Tumis:

telur rebus goreng sambal tumis
kredit photo : Anekaresipi.com

Bahan-bahannya:

  • 5 biji telur direbus dahulu
  • 6 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 2 tangkai cili merah
  • 1 biji bawang merah dihiris membulat untuk hiasan (jika suka)
  • Sedikit garam dan gula

Cara-caranya:

  • Tumbuk cili merah, bawang merah dan juga bawang putih
  • Kemudian telur rebus tu gorengkan dahulu sehingga sedikit garing dan asingkan
  • Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik minyak dan masak
  • Masukkan telur rebus yang sudah digoreng dahulu tadi
  • Gaul rata
  • Boleh tambah hirisan bawang besar secara membulat jika suka
  • Tambahkan garam, gula secukup rasa
  • Sedia dihidangkan

3. Kari Telur Rebus Sedap:

resipi kari telur rebus bersantan

  • 1 biji bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar serbuk kari (jenama apa tak kisah)
  • Minyak masak
  • 2 cawan air
  • 6 biji Telur Ayam
  • 1 sudu teh pati asam jawa adabi
  • 1 sudu teh garam secukup rasa
  • santan kotak 200ml
Cara-caranya :

  • Rebus telur dan kupas kulitnya selepas disejukkan 
  • Hiris nipis bawang merah dan bawang putih
  • Panaskan minyak di dalam kuali 
  • Tumiskan bawang putih dan merah yang dipotong. Tumis sehingga naik bau dan sedikit layu.
  • Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan dalam tumisan sehingga sedikit garing
  • Masukkan pati asam jawa dan air.
  • Masukkan telur yang telah dikupas tadi
  • Tunggu sehingga kari mendidih, dan masukkan santan jika suka
  • Perisakan dengan garam secukuo rasa
  • Siap untuk Dihidangkan

4. Sup Telur:

Sup telur dengan kentang
Kredit photo : Daridapur.com

Bahan-bahannya:

  1. 3 ke 4 biji telur ayam
  2. 2 biji bawang merah 
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 1 inci halia dihiris nipis
  5. 1 batang sederi 
  6. 2 biji ubi kentang dibuang kulit dan potong dadu besar
  7. Sedikit suhun dan tauhu fucuk (jika suka)
  8. Garam
  9. Daun sup
Cara-caranya:
  1. Hiris nipis bawang merah, putih
  2. Batang saderi dipotong menyerong sederhana nipis
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan hiris tadi.
  4. Kemudian masukkan air untuk kuah
  5. Masukkan kentang dan rebus sehingga empuk. 
  6. Masukkan suun dan tauhu fucuk yang telah direndam seketika.
  7. Masukkan garam. 
  8. Pecahkan telur satu demi satu. Jangan kacau kerana tak nak telur pecah. Biarkan mendidih
  9. seketika.
  10. Taburkan daun sup.
  11. Sedia dihidangkan

5. Telur Dadar Gebu:

cara buat telur dadar gebu sedap
baca lagi : SINI 

Bahan-bahannya :

  • Telur 2 ke 3 biji (3 orang makan)
  • Cili giling sedikit (hujung sudu makan)
  • Bawang merah 2-3 biji di racik-racik
  • Garam secukup rasa
  • Kacang panjang/cendawan butang - Optional (nak masukkan ke tak pun boleh ikut selera)

Cara-caranya :
  • Kacau semua bahan diatas dengan laju dan bancuhan gebu.
  • Panaskan minyak sehingga cukup panas dalam kuali
  • Tuangkan bancuhan dan goreng seperti biasa
  • Terbalikkan telur dengan berhati-hati.
  • Hidang dengan nasi panas.

6. Telur Gulung Ala Korea [ Omelette Gyeran Mari]

resipi telur gulung korea egg omelette

Bahan-bahannya (Untuk 2 orang)
  • 4 biji telur ayam
  • Sayur-sayuran kegemaran korang
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam
  • Marjerin/Butter sesudu

Cara Masak Egg Roll Ala Korea :
  • Pecahkan 4 biji telur ayam dalam mangkuk bersih
  • Campurkan dengan sayur-sayuran kegemaran yang telah dicincang halus
  • Tambah sedikit garam dan lada hitam (*optional)
  • Tambahkan sedikit butter/majerin (*optional tak nak pun tak apa)
  • Panaskan kuali/pan yang sesuai
  • Tuangkan campuran telur tadi pada kuali sedikit demi sedikit
  • Biarkan agak separuh masak dah gulung
  • Kemudian tambah lagi campuran telur ,ulang proses sehingga habis.
  • Tunggu gulungan telur agak masak
  • Sejukkan sedikit , potong dah hidangkan.
Selamat mencuba semua.

11 comments:

  1. telo memang sedap! masak macam mana skali pon tetap sedap! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ! Setuju, masak apapun sedap.

      Delete
  2. Datang hari malas masak memang telur dadar kosong jelah.. nak fancy sikt letaklah bawang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kita, memang selalu juga datang hari malas tu hehe

      Delete
  3. yang akhir tu teringinnya nak cuba masak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try Dana, sedap! Senang je nak sediakan.

      Delete
  4. anak2 kak suka telur dadar ja. resepi telur yg lain semua depa tak suka. hehehehe

    ReplyDelete
  5. Sedap lauk pauk berasaskan telur ni. Paling selalu masak telur rebus goreng sambal tumis tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya telur rebus goreng sambal. Memang bertambah nasi dibuatnya :)

      Delete
  6. Paling suka nombor satu dan dua. Kalau tomato banyak, buat scrambled egg stail Chinese pun sedap

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]