Antara Menu Wajib Di Pagi Hari Raya

Menu wajib ada atas meja pada pagi Hari Raya seperti ketupat dan rendang disediakan secara bergotong-royong sesama ahli keluarga. Biasanya anak-anak akan pulang ke kampung antara dua atau tiga hari sebelumnya untuk membantu mempersiapkan segala kelengkapan hari raya. Malah amalan ini sudah menjadi kebiasaan disetiap keluarga semasa menjelangnya bulan Syawal atapun semasa Hari Raya Korban.

Antara Menu Wajib Ketika Sambutan Hari Raya Adalah :


Rendang Daging /Ayam:

Menggunakan bahan utama seperti santan, cili yang sudah dikisar, bawang putih dan merah, daun kunyit, daun limau purut dan juga kerisik untuk memasak rendang. Biasanya resipi rendang berbeza-beza antara negeri di Malaysia dan mempunyai keunikannya sendiri.

Manakala bahagian daging batang pinang atau daging ayam selalu digunakan sebagai bahan utama masakan rendang selain dimakan bersama lemang, nasi, ketupat dan juga pulut kuning.


Resepi Rendang Minang : Sini

Lemang :

Lemang dimasak dengan menggunakan beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas-ruas buluh dan dilapik dengan daun pisang. Lemang perlu dimasak dengan cara dibakar dan perlu dijaga apinya supaya tidak hangus dan terlampau kering.

Teringat zaman kanak-kanak dulu tiap kali raya mesti nenek bakar lemang di tepi rumah. Kami cucu-cucu pula bertugas menjaga api supaya lemang tidak hangus terbakar. Seronok sangat kalau dikenang kembali zaman kita semua dapat berkumpul bersama-sama kan?


Kredit image: Mstar

Ketupat Ataupun Nasi Himpit :

Kalau dikampung biasanya ketupat yang akan dimasak dengan cara memasukkan beras ke dalam ketupat yang dianyam daripada daun kelapa. tetapi ada juga yang hanya membuat nasi himpit sahaja dimana nasi panas dimasukkan ke dalam plastik tahan panas dah dihimpit dengan batu atau benda keras.

kredit image : MStar

Manakala ketupat pula mempunyai pelbagai jenis dari ketupat pulut, ketupat nasi dan juga antara yang popular ialah ketupat palas. Ketupat palas ialah salah satu jenis ketupat yang dianyam dari daun palas dan mengunakan pulut sebagai isinya. Seingat saya pengalaman buat ketupat palas ini ketika beraya di sebelah keluarga arwah bapa di Utara Malaysia. Seronoknya bergotong-royong berkumpul bersama ahli keluarga menyediakan makanan untuk Hari Raya.

Kuah Kacang :

Antara kegemaran rakyat Malaysia yang tidak patut dilupakan ialah Kuah Kacang. Kuih kacang dimasak menggunakan bahan-bahan seperti kacang tanah, halia, bawang putih, cili kisar dan juga asam jawa. Kuah kacang juga biasanya dimakan dengan sate ayam ataupun yang lain-lain.

Kredit Image : Vanillakismis

Kuah Lodeh :

Ada yang panggil kuah lodeh, ada juga yang gelarkan sebagai kuah lontong. Tapi apapun ianya tetap menjadi hidangan kemestian ketika hari raya. Antara bahan yang digunakan ialah kubis, lobak merah, kacang panjang, udang kering dan juga santan serta suhun.

kredit image : Siraplimau

Biskut Raya :

Biskut atau kuih raya juga antara menu wajib ada semasa sambutan hari raya. Kalau tak ada biskut raya macam tak rasa raya pula. Antara pilihan semestinya dari jenis biskut raya klasik seperti biskut kacang mazola, biskut makmor dan juga pilihan moden seperti Almond London dan juga biskut cip coklat.

Biskut Almond London

Sekali sekala mengimbas cerita pasal raya ni memang boleh buat suasana jadi syahdu sekejap. Macam saya dah lama tak balik kampung sejak tahun lepas sebabkan PKP dan juga pandemik. Semoga dugaan pandemik untuk satu dunia ini cepat-cepat berakhir dan kita semua dapat beraya bersama.

12 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

  1. Rindunya nak beraya dengan meriah, makan macam-macam. Ketupat dan rendang tu wajib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, rindu betul! kita doakan semoga pandemik cepat berakhir inshaAllah aminn

      Delete
  2. Rendang tu memang wajib ada. Dapat ketupat daun dan lemang tu tambah sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul setuju ! kalau tak ada rendang macam tak raya pula :)

      Delete
  3. ok, rasa mcm mau nangis kejap tengok semua menu tu
    bila lah boleh beraya normal ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama laa kita Kak Pip. Sedihh betul rasa..

      Delete
  4. alahai...
    sedih la plak baca entri Lea ni :(
    raya di rumah sekali lagi.

    aidiladha kali ni aida da plan.
    brg pun dah beli.
    rendang daging. ayam masak merah. lodeh. kuah kacang.
    ketupat segera. lemang segera, Lea.
    utk dimakan 2 hari raya aidiladha. in shaa Allah.

    sudi tak nak exchange bloglist #Biters:
    https://www.adianiez[dot]com/2021/07/link-exchange-creating-long-term-loyalty-friendships.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syahdu juga huhu...anyway sudah bookmark, semoga saling support ya , tq :)

      Delete
  5. rindu...
    rindu nak kumpul reramai..
    rindu berebut tempat tdo bila adik beradik balik..haishhh bila boleh blik kg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, tetaplah bersabar..inshaAllah ada jalan nanti

      Delete
  6. Aaaaaa betul sangat! Paling wajib bagi ain lontong & nasi himpit + sambal bilis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ! Dah berapa lama x balik nih rasa bercampur2

      Delete
Previous Post Next Post