Antara Serum Terbaik Hilangkan Jeragat

Jeragat merupakan salah satu masalah kulit yang tidak digemari terutamanya oleh kaum perempuan. Sering kali juga kita dengar dan lihat dari iklan serum-serum yang terbaik untuk menghilangkan jeragat atau pigmentasi ini. Tetapi adakah semuanya berkesan? Bagaimana caranya untuk mendapatkan serum terbaik yang bantu hilangkan jeragat? 


Penyebab Utama Terjadinya Pigmentasi  Atau Jeragat?


Pigmentasi terjadi apabila terdapat bahagian kulit anda mengeluarkan lebihan melanin ataupun pigmen gelap dan menjadikan kulit berrwarna sedikit gelap dari warna kulit asal. Selain itu pigmentasi terjadi akibat pendedahan tanpa perlindungan kulit kepada cahaya UV yang boleh merosakkan kulit. 


Antara sebab lain adalah terjadi akibat dari komplikasi penggunaan bahan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit.


serum terbaik hilangkan jeragat

Produk hilangkan jeragat boleh didapati dengan mudah kerana adanya pelbagai jenama dan jenis di pasaran. Antara yang perlu anda perhatikan jika hendak membeli serum anti jeragat antaranya ialah ;

  • Mempunyai ekstrak Vitamin C jenis asid askorbik yang terbukti secara saintifik boleh melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran matahari yang mengandungi UVA dan UVB.
  • Selain itu asid askorbik ini juga berfungsi menghalang radikal bebas yang boleh mengakibatkan kerosakan kulit yang teruk.
  • Ianya juga dapat bantu menggalakkan pengeluaran kolagen untuk memperbaiki tekstur dan tona kulit yang tidak sekata. 

Antara Serum Hilangkan Jeragat Yang Anda Boleh Cuba :

1. Eucerin UltraWHITE+ Spotless :

Dengan penggunaan secara konsisten selama empat minggu berturut-turut akan memberikan keberkesanan yang optimum pada kecantikan dan keserian kulit wajah. Ianya mempunyai Thiamidol yang boleh kurangkan bintik hitam dalam tempoh empat minggu tanpa memerlukan wanita mengeluarkan perbelanjaan menjalani rawatan laser di pusat kecantikan wajah.

serum pudarkan jeragat dan kurangkan jerawat
Beli di : SHOPEE

2. ANNONA Serum Vitamin C Untuk Parut, Pori Terbuka, Jeragat :

Antara keistimewaan Vitamin C Serum by Annona ini adalah diformulasikan daripada beberapa ekstrak tumbuhan yang digunakan di dalam dunia kecantikan seperti daun saxifrage, akar pokok peony,akar pokok skullcap dan juga buah delima. 


serum untuk hilangkan jeragat terbaik
Beli di : SHOPEE

Penggunaan secara berterusan dapat membantu menanggalkan sel kulit mati. Selain itu boleh membuatkan kulit jadi lebih sihat bermaya. Ianya sangat sesuai untuk masalah jeragat, sunburn atau kulit kusam. 


Selain itu ianya terbukti bebas dari mengandungi bahan terlarang yang membahayakan kesihatan serta keselamatan pengguna. Serum ini diproses di kilang yang berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) dan juga mempunyai sijil IMP (Islamic Manufacturing Practice).


Ini adalah antara dua produk/serum dari luar dan juga dalam negara untuk hilangkan jeragat yang sangat best. Saya juga telah cuba guna untuk beberapa minggu dan memang berkesan untuk kurangkan dan pudarkan jeragat yang ada pada kulit muka. 


Tapi apapun anda perlu lihat juga pada kesesuaian samada bahan yang digunakan dalam serum hilangkan jeragat ini bersesuaian dengan kulit anda. 


Untuk info kulit saya adalah dari jenis kering. Jadi kedua jenis serum ini sangat sesuai dengan kulit saya kerana ianya tidak melekit, tiada rasa berminyak dan senang menyerap ke dalam kulit muka saya. Selain itu amalan pengambilan makanan yang ada nutrisi tinggi untuk kulit seperti sarang burung juga membantu mengurangkan pembentukan jeragat.


Selamat mencuba semua.

Reactions

Post a Comment

0 Comments