Cerita lama dah nih baru nak update. Suami belikan ikan jenahak bahagian isi promosi katanya dekat Aeon. Kalau nampak isi ikan macam nih memang dalam kepala timbul idea nak masak tempoyak je. Biasanya kalau isi ikan jenahak ni saya buat sup ikan campur dengan kentang. Sedap juga tuh.


Lama tak makan sejak balik dari kampung dulu. Saya bukannya pakar sangat nak masak ikan gulai tempoyak nih tapi sebab dah teringin punya pasal kita layan jela. 


resipi ikan jenahak gulai tempoyak


Resipi Ikan Jenahak Masak Tempoyak :

Bahan-bahannya :

  • 2 potong isi ikan jenahak
  • 1 sudu kecil cili padi tumbuk
  • 2 ke 3 sudu tempoyak
  • 1 sudu kecil kunyit tumbuk/serbuk kunyit
  • 2 cawan air
  • 1 keping asam keping
  • daun kesum
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

Cara-caranya :

  • Ikan dibasuh bersih bersih dan ketepikan.
  • Rebus air 
  • Masukkan cili tumbuk, tempoyak, asam keping dalam periuk. 
  • Masukkan serbuk kunyit
  • Kacau sebati.
  • Masak sehingga mendidih. 
  • Masukkan ikan, daun kesum dan perisakan dgn garam. Jika kurang masam, tambahkan satu keping lagi asam keping.
  • Tutup api apabila ikan telah masak.

Bekas tembikar nih namanya dolsot. Saya dapat masa beli di Seoul Korea beberapa tahun lepas. Memang berguna betul masa nak masak makanan yang bersup simple-simple macam nih.

Resepi penuh ada saya rekod di Youtube, jemput view ye semua. Terima kasih.