Senarai Kerja Online Dari Rumah Part Time

Dalam masa PKP ada dikalangan kita yang telah terkesan dengan keadaan ekonomi semasa. Namun ada beberapa senarai kerja online sambilan dari rumah sahaja yang boleh korang cuba untuk tambah pendapatan sampingan. Memang tidak dinafikan, ramai dikalangan kita yang terpaksa menerima hakikat mungkin dipotong gaji, atau dikurangkan masa bekerja dan sebagainya. 

Beberapa jenis bantuan yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada yang layak mungkin boleh meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung. Namun, apapun kita masih boleh berusaha untuk mencari jalan keluar dari kemelut dan desakan ekonomi sekarang.

kerja online dari rumah 2021

Tambah Pendapatan Dari Rumah Dengan Kerja Secara Online:

Dengan kemajuan teknologi yang ada sekarang membolehkan kita menyelesaikan kerja hanya dari rumah sahaja. Ada yang boleh dilakukan secara online dan korang perlukan talian internet yang stabil untuk memulakan kerja. 

Contoh Jenis Perkerjaan Online Boleh DiMohon :


1. Penulis Konten (Content Writer) Secara Sambilan :

Untuk penulis konten (Content Writer) ni kalau korang ada bakat atau skill menulis yang baik, korang boleh la canangkan dekat media sosial yang korang ada tawarkan servis ni. Selain dari menunggu klien hubungi kita, antara yang boleh kita lakukan ialah buka akaun di LinkedIn dan senaraikan servis yang korang boleh tawarkan.

Tanggungjawab Penulis Konten merangkumi menulis artikel dan juga melakukan kajian menyeluruh mengenai topik yang berkaitan yang dimahukan oleh klien. Selain itu juga penulis perlu menjana idea untuk jenis kandungan yang sesuai dengan niche (bidang) klien.

2. Virtual Admin Assistant (Pembantu Pengurusan Secara Maya):

Berkenaan kerja Pembantu Pengurusan secara maya pula contohnya : Pengurus Media Sosial samada di IG ataupun Facebook. Jika korang memang sangat mahir dengan kerja pengurusan disebalik tabir korang boleh apply kerja ini. 

Tapi biasanya klien mahukan komitmen yang tinggi kerana korang perlu jaga live engagement antara pengguna dan juga halaman yang dijaga. Antara kemahiran yang diminta ialah mahir menguruskan media sosial dan juga boleh buat reka grafik minimum untuk posting di media sosial klien.

3. Virtual Sales Assistant ( Pembantu Jualan Secara Maya):

Contoh kerja Virtual Sales Assistant atau Pembantu Jualan ini biasanya ketika sesuatu brand ataupun pemilik bisnes ingin lakukan jualan atas talian (online) secara besar-besaran, maka pembantu diperlukan untuk menguruskan tempahan dari pelanggan. Biasanya ada masa tertentu untuk korang jaga jualan dan uruskan tempahan.

4. Penguji Produk (Product Reviewer):

Ini menarik juga kan? Selain dapat produk percubaan yang percuma korang juga akan terima upah kerana mencuba dan melakukan review di halaman produk tersebut. Untuk ini biasanya korang boleh perlu ada akaun media sosial dengan jumlah followers yang tertentu. 

Mana nak apply? Jika korang ada jumlah pengikut media sosial yang cukup ramai korang boleh cari group influencer di Facebook ataupun ikut akaun seperti Partipost_my ataupun Fave di Instagram. 

5. Menjadi Ejen Affiliate:

Selain daripada kerja-kerja di atas ini, korang juga boleh jadi ejen affiliate dengan promosikan produk klien di blog, facebook ataupun instagram. Jika ada yang membeli melalui link yang korang promosikan, komisen terkumpul akan dimasukkan ke dalam akaun bank korang. Antara produk-produk affliliate ini termasuklah ebook, servis seperti bina laman web, e-commerce dan pelbagai lagi.

Cara Mohon Kerja Part Time Online :

Antara di atas ini, antara yang pernah saya cuba ialah penulis konten untuk blog klien , jaga IG klien dan juga jadi Virtual Sales Assistant. Selain itu disebabkan ada blog maka saya gunakan untuk promosikan link-link affiliate yang saya daftar. Biasanya saya cari kerja-kerja freelance ni Facebook dan juga LinkedIn. Selain itu antara medium lain yang boleh korang cuba ialah di Twitter dan juga website khas untuk freelancer seperti Upwork dan juga Fiverr. 

Selain senarai di atas ni sebenarnya banyak lagi kerja-kerja lain yang boleh dicuba seperti Pereka Grafik jika korang mahir menggunakan Adobe Illustrator atau Photoshop. Selain itu juga Pembina Laman Web (Website Builder) juga sangat diperlukan ketika ini. Semoga maklumat ini dapat bantu mana-mana insan yang terkesan sekarang. 

Yang penting gunakan kemahiran yang kita ada dengan sumber yang ada sahaja untuk bermula. Semoga kita semua dapat hidup normal seperti sebelum pandemik semula dengan izin-Nya inshaAllah, amin.

Selamat berjaya semua.

8 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya


[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]

  1. macam-macam boleh buat, nak seribu daya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, kena usaha cari inshaAllah ada kerja yang boleh kita buat online :)

      Delete
  2. Thanks share. Kalau buat betul-betul memang mendatangkan hasil lumayan. Tu sebab influencer umur setahun jagung dah ada kereta sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Betul, kena usaha juga tu nak dapatkan kejayaan sampai tahap tu. Tapi apapun inshaAllah kita semua boleh. Cubalah :)

      Delete
  3. Bagus ni ada macam macam pilihan untuk mereka yang nak jana pendapatan secara online. Thanks share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sis. Sedang mencuba juga nih, harap-harap ada rezeki dari kerja online.

      Delete
  4. usaha. pasti ada jalan, kan.
    and kena ada gajet & internet.
    modal tak brape tinggi. tapi usaha kena kental :)

    bila pkp, nak bergerak pun tak boleh.
    keje online la solutions nyer.
    yg penting, ada pendapatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis, kita usaha mana yang boleh..inshaAllah ada jalannya.

      Delete
Previous Post Next Post