Cara Amalkan Diet Suku Suku Separuh Dengan Konsisten

Sepanjang PKP yang berlangsung nih saya memang berazam la nak kurangkan berat badan. Tapi tak nak lah kurus sangat sampai cengkung. Target saya nak dapatkan BMI yang okey pun cukup bersyukur. Antara salah satu cara nak kurangkan berat badan yang efektif adalah dengan mengamalkan diet suku suku separuh seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Menu diet suku suku separuh
Menu diet suku suku separuh

Kalau sesiapa yang ikut diet suku suku separuh ni sebenarnya berat badan bukannya akan terus turun mendadak tau. Konsep dia diet yang slow and steady macam tu. Saya dah pernah cuba Atkins Diet yang mana telah beri efek yang agak teruk pada badan saya beberapa tahun lepas. Tapi ada juga yang amalkan diet Atkin berjaya kurus dan juga sihat. 

Kena ikut penerimaan tubuh badan masing-masing. Mungkin sebab saya ada alergi jadi apabila terlebih protein tu memang naik bengkak habis satu badan. Timbul gegata sampai nak menangis sebab tak sembuh-sembuh. Masa tu saya ingat lagi hampir setiap dua minggu saya perlu berjumpa pakar kulit di HSA Johor Bahru.


Kurangkan Berat Badan Dengan Diet Suku Suku Separuh :

  • Mengawal pengambilan makanan berasas karbohidrat
  • Pastikan pengambilan protein mencukupi dan tidak berlebihan
  • Kurangkan jenis makanan tinggi lemak, gula dan juga garam
  • Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian
  • Menggalakkan pemakanan berasaskan produk bijirin penuh
  • Menggalakkan pengambilan air kosong

Kepentingan Bersenam Sambil Berdiet :

Dalam masa kita nak cuba untuk kurangkan berat badan dengan cara amalkan pemakanan sihat, kita juga perlu amalkan senaman. Cubalah untuk bersenam dalam tiga kali seminggu supaya jisim otot badan terpelihara. Kalau dalam masa-masa PKP ni susah nak ke taman untuk berjogging sebab kes Covid yang tinggi, kita boleh je senaman dalam rumah.
 
yoga mat untuk alas bersenam
Beli di : SHOPEE 

Saya dah beli yoga mat tu nak buat alas bersenam dalam rumah. Paling tidak pun buat rope jumping je kat laman. Harap-harap tak 'ke laut' la plan saya nih. Antara kelebihan bersenam sambil berdiet suku suku separuh ni adalah berat kita tidak mudah naik semula selepas turun. 

Doakan saya berjaya turunkan BMI yang tinggi sangat sekarang nih. Harap berhasil la walaupun lambat tapi berjaya gitu.

8 comments:

  1. Inshaa Allah boleh amalkan cara begitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah terima kasih, doakan ye..

      Delete
  2. semoga berjaya ya. utk syu, calorie deficit diet paling berkesan. tp sekarang diet dh ke laut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try juga kan cara defisit kalori nih..Samalah, ada masa kelaut dalam juga plan berdiet sihat nih.

      Delete
  3. bEtul lah kak. Sekarng ni fokus nak sihat saja. Orang kurus pun ada sakit. Yang penting sihat, amalkan gaya hidup sihat.

    Sedap noh nampak salad tu fresh! Makan dengan nasi ala2 macam orang2 korea makan tu pun sedap juga kikiki. Saya excercise atas katil saja hahaha punya malas ja. sambil main phone :P saya tengok dkt tiktok la ada orang share! sambil baring je hahah pemalas betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! pun boleh ye hehe. Itula saya nak cuba turunkan bmi sihat dulu. Lepas tu jaga makan.

      Delete
  4. sy pon tgh struggle nk turunkan berat..
    sy buat IF + diet suku2 separuh.. tiap2 ptg jumping rope..

    arap kita boleh berjaya..
    semangat!!!! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat! Inshaallah amin. Harap berjaya juga. Saya ada rasa nak buat IF juga tapi belum cuba lagi..tq sis

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]