Cara Buat Roti Jala Lembut Tak Keras - Sukatan Cawan

Dalam tercari-cari cara buat roti jala lembut macam dekat kedai, teringat dulu-dulu masa belajar dekat UTM selalu sangat lecturer call suruh student yang free ke bilik seminar. Ini setiap kali pensyarah habis training la biasanya. Panggil sebab nak bagi kami makan free. Sedap pula tu makanan yang disediakan pihak katerer. Paling tak lupa setiap kali tu la mesti ada je roti jala lembut-lembut cicah dengan kari ayam kaw! 

Memang terbaik. Saya memang sangat suka makan roti jala lembut cicah dengan kari ayam pekat. Kalau tak beli dekat gerai berdekatan rumah, saya akan cuba sediakan sendiri je. 

Disebabkan saya bukan pakar buat roti jala yang lembut sampai ke petang, ada juga beberapa resepi dari Google yang saya pernah cuba. Ada yang keras tak lama lepas dimasak. Ada yang susah sangat nak bentuk roti jala tu. Akhirnya saya try dari resipi roti jala lembut dan tak keras dari perkongsian blogger Cik Matahariku

Terbaik sangat sebab memang lembut. Terima kasih ye berkongsi resipi roti jala mudah ni. Okey jom saya kongsikan semula resipinya yang saya olahkan sedikit mengikut bahan-bahan yang ada di dapur saya.


Roti Jala Lembut dan Jelita Viral :

Tapi kan sekarang ni famous jenis roti jala jelita pula ye. Siap ada yang kirai dan gulung jadi bentuk bunga la, bentuk hati dengan pelbagai warna yang menarik. Cantik-cantik sangat ! Ada yang buat jadi nampak macam kek hari jadi roti jala jelita nih. Memang kreatif.


roti jala lembut guna blender
Roti jala lembut tidak keras

Bahan-Bahan Untuk Roti Jala Lembut Tidak Keras :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 ½ cawan air atau santan ataupun boleh juga guna susu cair (saya guna santan)
  • 1 biji telur 
  • sedikit pewarna kuning (saya guna sedikit sahaja serbuk kunyit)
  • 1 sudu besar marjerin (saya guna minyak masak sayuran sahaja)
  • 1 sudu kecil rata garam
  • sedikit minyak (untuk lengser pada kuali)

Cara-Cara Membuat Roti Jala: 

  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas menggunakan blender hingga sebati. 
  2. Kemudian ditapiskan ke dalam bekas yang bersih.
  3. Panaskan kuali (jenis non-stick lebih baik) dan leserkan sedikit minyak
  4. Kiraikan adunan ke atas kuali 
  5. Biarkan hingga roti jala masak. 
  6. Terus saja angkat dan letakkan ke atas pinggan dan dilipat mengikut kreativiti korang
  7. Buat hingga habis. 
  8. Pastikan setiap kali sebelum menceduk adunan mesti sentiasa dikacau adunan terlebih dahulu supaya adunan sebati semula daripada proses mendapan.
  9. Hidangkan samada bersama kuah kari atau pencicah kegemaran anda seperti gula pasir ataupun serawa durian.

Resepi kari ayam mudah ada saya kongsikan--> Baca lagi Resipi Kari Ayam


Petang-petang makan roti jala dengan kari ayam sambil merenung masa depan. Entah bila la pandemik nak berakhir ye? Doa-doakan la semoga kita dapat berjumpa sanak saudara seperti masa-masa dulu. Berkumpul bersama-sama saling meraikan inshaAllah amin.

8 comments:

  1. aisshhh nak menjala tu malas betol la sy ni..
    kalo org lain buat sy tkng mkn je xpe.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ! senang je cuba lah. Bancuhannya guna blender je lagi mudah.

      Delete
  2. Sedap kalo dapat menjala dengan baik diadun bersama kari ayam. Wahh~ nikmat hingga menjilat jari.. :)


    ritu try, sebab xda acu, xmenjadi. sob sob lempeng jadinya. hahaha

    ReplyDelete
  3. teringin nak buat roti jala hari tu
    tak terbuat buat lagi heheh

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]