Cara Transfer Domain ke NetKL

Bulan ni patutnya domain blog nih direnew sebab dah sampai masa setahun. Jadi pihak registrar dah hantar email pemberitahuan dan beritahu jumlah yang perlu dibayar untuk renew setahun lagi. Tapi dalam masa tu saya cuba cari kalau boleh kurangkan kos renew domain nih. 


Cara Renew Domain Lebih Murah:

Perkara pertama yang saya buat ialah dengan survey harga dengan domain registrar yang lain. Mana tahu kalau-kalau ada yang lebih murah dari yang sedia ada. Jadi saya jumpa tawaran domain transfer dengan harga yang lebih jimat iaitu di NetKL atau GoDaddy (mana-mana yang anda suka).


Perkara Penting Sebelum Transfer Domain:

Sebelum korang nak cuba transfer domain ke registrar yang lain antara perkara yang kena tahu dulu ialah;

  • Domain dah daftar melepasi tempoh 60 hari
  • Sisa masa aktif domain minimum adalah 30 hari
  • Domain transfer akan mengambil masa dari 5 ke seminggu jika tiada sebarang masalah semasa transfer
  • Email masa daftar domain adalah email yang masih aktif
  • Domain anda tidak dalam proses tuntutan undang-undang

Simpan DNS Rekod Domain


Sebelum korang buat domain transfer nih, perkara yang utama adalah korang kena save dulu DNS rekod domain. DNS ialah dari perkataan Domain Name System iaitu mengenai nama host dan juga nama domain dalam rangkaian seperti di internet. 

Tanpanya blog korang tidak akan dapat diakses dan dibuka. Penting sebab nanti korang nak kena update pada registrar yang baru.


Cara Transfer Domain ke NetKL Dengan Mudah:

  1. Simpan DNS Rekod Domain 
  2. Dapatkan Kod EPP Domain
  3. Selesaikan Bayaran Domain Pada Registrar Baru
  4. Unlock domain Pada Registrar Yang Lama
  5. Tunggu Email Transfer Confirmation
  6. Email atau Beritahu Registrar Yang Baru
  7. Update DNS Rekod Untuk Domain

Dapatkan Kod EPP Domain

Kod EPP domain adalah password unik setiap domain yang ada. Korang kena pergi ke client page di domain registrar dan dapatkan kod EPP untuk mulakan pembayaran di registrar yang baru iaitu NetKL. Dalam kes ini saya dapatkan EPP di dashboard sedia ada tanpa perlu bertanya pada wakil perkhidmatan pelanggan. Kalau korang punya tak ada pada client dashboard, korang boleh email atau mesej terus pada wakil khidmat pelanggan.


Selesaikan Bayaran Domain Pada Registrar Baru

Dekat sini tricky sikit sebab kadangkala tengok harga domain memang murah. Sekali bila dah dijumlahkan dengan harga domain protection, segala jenis cukai (tax) yang ada tiba-tiba jadi lebih mahal pula kan. Jadi kena pastikan dulu betul-betul berapa harga sebenarnya dahulu sebelum lakukan bayaran.

Untuk domain transfer di NetKL, anda akan diminta masukkan nama domain sedia ada dan juga kod EPP tadi. Klik pada proceed untuk dapatkan jumlah harga sebenar untuk domain. Jangan lupa klik pada add-on domain protection supaya domain kita terjaga dari pencuri domain.


Unlock domain Pada Registrar Yang Lama

Nak unlock domain ni sama juga kena buat di client dashboard pada registrar lama domain anda. Klik unlock disitu. Tujuannya adalah untuk membolehlah proses transfer domain ini dilakukan dengan lancar.


Tunggu Email Transfer Confirmation

Anda akan dapat email transfer domain confirmation. Jangan diabaikan sebab nanti kena lakukan confirmation untuk melepaskan domain anda ke pendaftar (registar) yang baru. Email ini memiliki masa aktif biasanya dalam 5 hari. Jadi, selalu check email anda. Kalau tak nanti proses transfer domain menjadi tidak lancar.

cara pindah atau transfer domain
Contoh Pengesahan Email

Email atau Beritahu Registrar Yang Baru

Sekarang ni biasanya mana-mana domain registrar dah ada butang live/active chat dengan bahagian khidmat pelanggan. Jadi selepas sahkan email transfer confirmation tu kemudian terus chat dengan pegawai registrar yang baru dalam kes saya NetKL yang kita ada buat domain transfer.

Macam kes saya, terlambat beritahu jadi blog down untuk sehari lebih sebab pointing servers sudah pun ditukar rupanya. Jadi pegawai berkenaan dah sahkan yang domain transfer sudah pun berjaya dan saya perlu update DNS rekod domain di DNS panel di NetKL.


Update DNS Rekod Untuk Transfer Domain

Kita kena update semula DNS rekod ni dekat panel domain DNS rekod registrar yang baru. Kalau kurang mahir anda boleh minta tolong pada khidmat pelanggan. Biasanya servis tersebut adalah berbayar. Kalau nak jimat boleh belajar buat sendiri dahulu. Tadi awal-awal dah simpan kan nama DNS, jadi terus je update dekat DNS panel di registrar yang baru iaitu di NetKL.

Lepas dah selesai, kira-kira dalam masa 24 ke 48 jam masa akan diambil untuk domain anda kembali stabil dan blog boleh dibuka tanpa masalah.

Okey, itu sahaja untuk kali ini. Saya biasanya memang akan renew setiap tahun sebab pertimbangkan hal macam kos ni. Ikut juga la kan pada masing-masing. Ada yang terus renew sekali dua tahun kalau ada bajet yang lebih.

Nota : Saya ada sediakan servis bantu bina blog (blogspot). Kalau berminat boleh hubungi saya dengan isi contact form di sebelah okey. Terima kasih semua.

No comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]