Fresh Scones Sedap Dari Cameron Highlands

Beberapa hari lepas adik yang berada di Selangor ada hantar barang dari Shopee katanya. Hadiah untuk anak-anak sempena ulangtahun kelahiran mereka berdua tahun ini. Hadiah yang dihantar adalah scones sedap dari Cameron Highlands, Pahang. Masa sempadan buka dulu kalau cuti sekolah boleh plan jalan-jalan ke Cameron Highlands sambil melawat ladang strawberi kan? 

Tapi sekarang order dekat Shopee jela inshaAllah sampai juga ke depan pintu rumah dengan selamat. Orang kata kalau nak makan scones ni kena sambil menikmati teh panas. Baru terasa macam makan dekat kawasan tanah tinggi, sejuk dan nyaman gitu. Scones ini merupakan salah satu menu popular bagi orang Eropah dan ianya sangat sedap dimakan dengan pure butter dan juga jem.

fresh bakes scones Cameron Highlands
Kalau nak order ada di Shopee : Order sini

Fresh Bakes Scones Sedap dari Cameron Highlands

  • Satu pek mengandungi 4 biji scone bersama pure butter dan jem strawberi
  • Penghantaran ke seluruh semenanjung malaysia kecuali sabah dan sarawak

fresh bakes scones Cameron Highlands
Fresh Bake Scone dari : KHM Strawberry

Scone yang dijual di Shopee ini tidak tahan lama, maka ianya akan dibakar setiap hari bagi setiap penghantaran. Ketahanan scone hanya dalam tempoh empat ke lima hari sahaja. Tapi alhamdulillah scone yang adik saya order mengambil masa sehari sahaja untuk sampai ke Johor selepas di order. 

Dalam setiap pek ada diajarkan cara untuk memanaskan semula scones yang dihantar. Alhamdulillah anak-anak pun suka makan dengan butter dan juga jem strawberi dari Cameron Highlands. Kalau nak beli boleh klik link Shopee dekat gambar atas nih. 

Selamat berhujung minggu semua.

11 comments:

  1. sedapnyaaa! rindu nk mkn scones!

    ReplyDelete
  2. Allah rindunya nak ke Cameron Highlands 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak ke Cameron Highlands..bila la boleh pergi ye?

      Delete
  3. omaiiiiii...sedapnya scones..klo g cameron mmg scones la dicarinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi syok kalau makan kat tempat dia, sejuk2 nyaman gituu

      Delete
  4. nampak rupa scones tu pun dah tahu sedap... seronok bila anak-anak suka,
    sekarang ada shopee atau lazada ni mudah, kita order je nk hantar ke mana pun boleh walaupun tak boleh balik kg tetap boleh hantar macam-macam

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]