Masak Sambal Kentang Dengan Ikan Bilis Berlada

Kalau nak cepat memasak antara lauk favourite ialah sambal kentang dengan ikan bilis berlada. Kalau nak mengancam lagi guna cili api bagi pedas. Apapun, dah dua tiga hari hujan tak berhenti dekat rumah nih. Alhamdulillah sejuk je rasa. Tapi semalam baca berita tentang fenomena kepala air dekat kaki Gunung Jerai terkejut tengok keadaan kampung yang terlibat. 

Allahuakbar, semoga Allah mempermudahkan semua urusan mereka yang terkesan dengan bencana tersebut. Sedih rasa sebab kampung nenek sebelah ayah pun berada di kawasan berdekatan. Saya ingat lagi kalau balik ke sana masa raya mesti kami ke Tupah untuk berkelah dan makan laksa Kedah. Harap saudara di sana semuanya selamat inshaAllah amin.

Berbalik pada sambal kentang dengan ikan bilis garing goreng pedas-pedas nih selalunya lauk ni cepat je habis. Mahu bertambah nasi dibuatnya. Jom saya kongsikan resipi dan cara nak masaknya.


Resipi Sambal Kentang dengan Ikan Bilis Berlada  :

Antara bahan-bahan utama sudah tentunya kentang dan juga ikan bilis. Ikan bilis ni kena guna yang jenis sederhana besar baru sedap nak mengunyah. Kalau besar sangat kadang-kadang penat mulut nak mengunyah. 

Tapi apapun terpulang pada selera masing-masing la kan. Ada yang suka ikan bilis mata biru Pulau Pangkor, ada yang suka jenis yang besar dan masin. 

sambal kentang bilis berlada pedas


Bahan-bahannya untuk sambal kentang bilis :

  • Ikan bilis segenggam (kira-kira dalam 50 gram) 
  • Kentang 1 biji sederhana besar
  • Garam , gula secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk :
  • Cili padi/api segenggam (kira-kira dalam 8 ke 10 tangkai)
  • Bawang merah/kecil 4 biji
  • Bawang putih 2 ulas

Cara-caranya :
  • Kupas kentang, bersihkan dan potong dadu 
  • Bersihkan ikan bilis dan rendam dalam air sebentar kemudian toskan rendaman
  • Panaskan minyak masak kemudian goreng ikan bilis sehingga garing dengan api kecil sahaja.
  • Ketepikan ikan bilis kemudian goreng kentang tadi serta ketepikan dahulu.
  • Tinggalkan sedikit minyak untuk menumis
  • Tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau dan juga sedikit garing
  • Masukkan garam, gula secukup rasa
  • Kemudian masukkan kentang dan juga ikan bilis yang telah digoreng tadi
  • Gaulkan rata
  • Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas.

Ikan bilis tu kalau nak betul-betul garing kena goreng dengan api sederhana ke perlahan. Kalau guna api besar ikan bilis akan cepat hangus dan tak sempat nak garing. Cili padi tu pula kalau tak suka pedas sangat boleh gantikan dengan lada merah (cili merah) yang besar-besar tu. Jadi anak-anak sekeluarga pun boleh makan bersama. 

Selamat mencuba semua.

10 comments:

  1. Perghh ini dpt plk nasi panas2 mmg selera aje kan

    ReplyDelete
  2. sedap menu ni, lagi-lagi makan dengan nasi panas..haha..boleh bertambah! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! sedap ! memang bertambah :)

      Delete
  3. sedapnya makan ni dengan wangi ikan bilis goreng lagi. sama lah terkejut tengok video tu. kesian tengok binatang hanyut dalam air deras tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih tengok, macam tiba-tiba berlaku orang tak sempat nak buat apa, allahuakbar.

      Delete
  4. itulah semalam memang terkejut tengok video air deras tu, semoga Allah permudahkan urusan hendaknya. Sambal ni memang sedap makan dengan nasi panas kan

    ReplyDelete
  5. Resepi favourite ni kalau tak tau nak masak apa.

    ReplyDelete
  6. Favourite lauk ni. Ratah je pun sedap.

    ReplyDelete
  7. sedap ni.. mkn ngn nasi panas2.. fuhh padu!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]