Resipi Asam Pedas Ikan Mudah dan Sedap

Siapa peminat asam pedas ikan kat sini? Tak kisah apa-apa jenis ikan pun yang penting asam pedas. Saya merupakan salah seorang peminat masakan asam pedas ikan yang tegar. Tak kisah jenis asam pedas Melaka ke, asam pedas Muar atau Batu Pahat semuanya okey je saya suka.

Tapi disebabkan musim PKP ni, kita semua tak dapat nak rentas negeri atau daerah merasa asam pedas ikan pari atau ikan merah di tempat-tempat famous asam pedas. Apa lagi kan? kita masak sendiri sajalah di rumah.

Nak masak asam pedas ikan yang sedap pada pendapat saya perlu beberapa kali cuba baru dapat temponya. Lagi-lagi untuk saya yang amatur nih. Sekali masak kadangkala tak dapat rasa yang kita nak, tapi apabila dah dicuba beberapa kali baru dapat resepi yang kena dengan selera.

Seperiuk asam pedas ikan

Jom saya kongsikan Resepi Asam Pedas Ikan Yang Mudah :

Resepi di bawah nih sebenarnya dari gabungan dan olahan resipi-resipi yang ada dikongsikan ramai di media sosial. Kadang-kadang rasa asam pedas tu mungkin tak sama macam yang kita pernah makan di kedai-kedai makan yang popular. Jadi kena pandai-pandailah kita ubah dan olah mengikut citarasa kita sendiri.

Bahan-Bahannya:
  • 400 ke 600 gram ikan pari/ ikan kembong/isi ikan
  • beberapa tangkai bendi
  • 2 kuntum bunga kantan dibelah dua atau empat
  • Beberapa helai daun kesum, lagi banyak lagi semerbak bau asam pedas kita.
  • Sedikit serbuk kunyit
  • 1 sudu besar belacan, dibakar
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam secukupnya

Bahan-bahan digiling halus:
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (sebesar ibu jari lebih kurang)
  • Belacan bakar tadi

Cara Masak Asam Pedas Ikan Mudah :

  • Ikan disiang dan dicuci bersih.
  • Panaskan minyak dalam periuk.
  • Kemudian tumis bahan-bahan digiling halus hingga garing dan naik bau.
  • Kemudian masukkan daun kesum.
  • Gaulkan rata dan tambah air sedikit
  • Masukkan ikan dan air asam jawa. Kacau rata.
  • Tambahkan air mengikut kesukaan kita, kalau terlebih nanti kuah cair.
  • Apabila mendidih masukkan bendi, daun kesum lagi, bunga kantan dan garam.
  • Kacau rata sehingga masak
  • Sedia untuk dihidangkan

Sayuran tu kalau tak nak letak bendi boleh juga letak tomato. Ikut citarasa masing-masing. Kalau ikut saya lebih suka bendi tu dibelah-belah menyerong dan sedikit lembik. Masa makan dengan nasi panas kuah asam pedas akan keluar dari bendi tu macam nikmat dan sedap je rasa.

Kalau tak nak ikan cepat hancur, masa nak hidang tu baru masukkan ikannya. Macam dekat kedai makan kuah asam pedas tu dah ada disediakan awal. Cuma ikannya akan dimasak semasa kita order. Apapun, selamat mencuba semua.

8 comments:

  1. Suka sangat asam pedas... ikan, ayam atau daging semua suka...

    ReplyDelete
  2. Salam, sedap tu asam pedas, dengan ikan pari, memang faveret.. Senang ada resepi dini, bole cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, sedapnya asam pedas. Memang favourite.

      Delete
  3. Aduh.. sedapnya asam pedas.. Rindu pula nak terjah melaka dan muar.. The best place for asam pedas.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah...Dah lama tak terjah luar daerah nih huhu

      Delete
  4. Akak pun suka asam pedas tapi nak buat tu adakala jadi adakala x jadi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, boleh cuba lagi. Saya dulu pun tak berapa pandai tapi lepas praktis byk kali baru menjadi hehe

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]