Salam Maal Hijrah 1443 H /2021

Assalamualaikum semua sahabat alam maya. Salam Maal Hijrah 1443H /2021. Setiap 1 Muharram umat Islam khususnya digalakkan untuk memperingati hijrah Rasulullah SAW serta perjuangan Baginda dalam menegakkan agama Islam dan juga sebagai utusan Allah SWT kepada umatnya.


Semoga Allah SWT akan mengurniakan kepada kita semua terutamanya umat Islam keimanan yang tinggi serta jalan hidup yang diredaiNya.


Antara Amalan Bulan Muharram ialah:

  • Bersedekah
  • Membersihkan diri (mandi sunat)
  • Melapangkan keperluan keluarga
  • Memperbanyakkan amalan baik
  • Berpuasa sunat pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram)

Nabi SAW bersabda: 


"Puasa hari ‘Asyura’ itu, sesungguhnya Aku bermohon kepada Allah agar dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya." -Riwayat: al-Tirmizi


Maal Hijrah 1 Muharram

Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya inshaAllah amin.

Reactions

Post a Comment

4 Comments

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]