Throwback Pengalaman Travel ke Hong Kong

Kisahnya laptop lama rosak teruk lepas update. Laptop tu memang dah lama sangat sampaikan skru antara skrin dengan keyboard pun dah tertanggal. Sadis sungguh sebab banyak gambar lama dalam tuh. So saya contact kawan masa sambung Master dekat UTM, Jue namanya. Saya tanya kalau-kalau dia ada gambar masa kitaorang ke Hong Kong. Tapi?

Sedihnya sebab dia punya laptop lama pun rosak jadi gambar yang ada boleh recovered dari Facebook je. Apapun saya bersyukur sangat sebab ada la gambar sikit yang boleh dibuat kenangan. Last artikel pasal jalan-jalan Xi'an China tu rupanya tak masukkan pun cerita jalan ke Hong Kong.

Baca lagi : Kembara ke Xi'an China

Jadi saya nak letak sini la kalau-kalau pandemik berakhir boleh rujuk balik nanti. Perjalanan kami ke Hong Kong masa tu sebenarnya sebabkan flight direct ke Xi'an masih belum ada. Jadi kena transit di Hong Kong dulu. Tapi dah alang-alang tu kami stay di Hong Kong dalam dua hari jalan-jalan dulu sebelum ke Xi'an China.

Antara tempat menarik di Hong Kong Yang Kami Lawati :

  1. Victoria Harbour Waterfront, Tsim Sha Tsui
  2. Avenue of Stars
  3. Hong Kong, A Symphony of Lights
  4. Central–Mid-Levels Escalator

Central–Mid-Levels Escalator ini mempunyai sistem yang meliputi jarak lebih dari 800m (kira-kira 2600 kaki) dan mempunyai ketinggian lebih dari 135 meter (443 kaki) dari bawah hingga ke atas. Gambar tak dapat diselamatkan tapi masih kekal dalam memori kami yang kami mengambil masa yang agak lama juga untuk sampai ke atas. 

Bandar yang sangat sibuk

Kami di Avenue of Stars, Hong Kong
Kami di Avenue of Stars, Hong Kong

travel to Hong Kong
A Symphony of Lights

Macam dalam cerita TVB pula

Inilah antara gambar-gambar yang dapat diselamatkan dari Facebook. Yang lain memang tak ada la nampaknya. Sedih tapi bersyukur sebab ada juga walaupun tak semua. Alhamdulillah. 

Terima kasih kepada Jue sebab sudi carikan semula gambar-gambar lama ni di Facebook beliau.

2 comments:

  1. esclator tu kak ret naik sampai separuh je hahaha... sebab malas nak sampai ke hujung.. itu pun sebab kitrg nak gi cari makanan halal tengah2 tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami sampai keatas tapi kejap2 berhenti ambil gambar haha! Gambar pulak hilang huhu..

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]