Resipi Kek Pisang Gebu Dengan Coklat Chips

Ini antara resepi kek pisang lembap, gebu dengan coklat chips yang saya gunakan. Dalam resepi ni saya masukkan pisang berangan. Tetapi nak guna pisang emas pun boleh tiada masalah. 

Misalnya anda gunakan pisang emas, masukkan dalam lima ke enam biji. Ini sebab saiznya yang lebih kecil dari pisang berangan. 

Untuk kali ini saya buat kek pisang lembap dengan coklat chips. Apabila tergigit coklat chips tu memang nyumms sangat. Resepi asal diolah dari sumber yang saya gunakan hanya gula perang sahaja.

Cara Masak Kek Pisang Lembap Dengan Coklat Chips (Sukatan Cawan & Guna Blender)

Bahan-bahan A:

  • 1 cawan minyak masak 
  • 1 cawan gula perang (kalau suka manis boleh letak 1 1/2 cawan)
  • 3 biji telur (saiz B)
  • 4 biji pisang (saya guna pisang berangan, pisang jenis lain pun boleh)
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh esen vanilla 
  • Coklat chips (ikut suka nak letak berapa banyak dalam adunan)

Bahan B:

  • 1 3/4 cawan tepung gandum 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara Masak Kek Pisang Gebu dan Sedap: 

  • Sapukan dengan sedikit minyak/butter pada acuan bersaiz 5×9 atau acuan bulat 8 inci x 8 inci. Kemudian lapik dengan kertas baking. 
  • Panaskan oven pada suhu 170°C. Sekurang-kurang dalam 15 minit sebelum kek hendak dibakar.
  • Ayak bahan-bahan B dalam satu mangkuk besar.
  • Di dalam blender, masukkan telur dan gula kemudian blend selama beberapa minit atau sehingga adunan telur menjadi kembang.
  • Masukkan pula minyak, pisang yang dipotong kecil, garam dan esen vanila. 
  • Blend lagi selama beberapa minit.
  • Tuangkan adunan ke dalam mangkuk yang berisi tepung ayak tadi. Kacau dengan cara kaup balik dengan perlahan sehingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan hias dengan hirisan pisang di atas permukaan. 
  • Bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak

cara resipi kek pisang dengan coklat chips

cara resipi kek pisang dengan coklat chips

cara resipi kek pisang dengan coklat chips

Cara Nak Tahu Kek Dah Masak Atau Belum

Cara nak tahu kek pisang sudah masak ialah dengan cara masukkan lidi bersih ke dalam kek. Kemudian tarik keluar, jika keadaan lidi bersih maka kek pisang dengan coklat chips sudahpun masak. 

Kalau ada lagi kek masih basah anda boleh tambah masa membakar dalam lima ke sepuluh minit lagi.

kek pisang gebu dan lembap
Makan dengan teh panas

Kek pisang nih memang favourite zaman berzaman orang kata. Senang nak buat dan bahannya pun mudah untuk didapati. 

Jadi korang macam mana ? Suka tak makan kek pisang ? 

Reactions

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah..sedapnya..cara buat pun cam senang je tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius senang nak bake kek pisang nih sis :)

      Delete
  2. terima kasih sharing resepi, anak-anak memang hantu kek pisang, kalau beli memang tak sempat nak simpan untuk besok 😂

    ReplyDelete
  3. cantik kejadian kekpisang coklat ni

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]