Imbau Kenangan Dengan Permainan PC Percuma

Zaman universiti saya dulu kampus dekat dengan rumah jadi selalu balik apabila tiba hujung minggu atau pada hari yang tiada kelas. Tapi masa sibuk dengan assignments tu memang tak dapat la nak balik walaupun dekat. Antara aktiviti yang saya suka buat masa tu ialah bermain permainan PC percuma seperti Solitaire dan juga Zuma Ball Shooters ataupun lebih dikenali dengan Zuma Legend.


Apa Yang Best Dengan Permainan PC Percuma?

Masa belajar dulu nak dapat akses internet kena pergi kawasan yang ada WIFI macam dekat perpustakaan ataupun di dewan aktiviti pelajar dan juga di fakulti. Adakalanya semasa buat ulangkaji ataupun berbincang mengenai latihan yang pensyarah beri di situ akan mengambil masa yang agak lama. Nak balik ke kolej pula kena tunggu bas yang ada masa tertentu sahaja lalu di fakulti atau perpustakaan.

Jadi masa yang ada sambil menunggu bas sampai tu saya buka laptop sekejap untuk bermain permainan Solitaire ni. Zaman tu pula telefon bukannya canggih macam sekarang yang ada pelbagai aplikasi. Telefon bimbit ketika itu digunakan untuk berhubung semata-mata melalui mesej ataupun bercakap ditalian. Mahal pula cas yang dikenakan syarikat telekomukasi pada masa itu.

Saya masih ingat telefon bimbit saya yang pertama ialah Nokia 3310 berwarna biru lembut. Arwah abah yang belikan sebelum masuk ke Matrikulasi. Tak salah saya ianya antara model upgrade dari yang lama. Kiranya antara yang tercangggih juga pada zaman itu! Jadi memang tidak ada game yang colorful macam Zuma Legend ni. 

main game solitaire percuma

Dan seingat saya skrin telefon pun masih hitam putih lagi. Kalau terfikir semula memang buat ketawa sendiri. Tetapi itulah antara kenangan yang paling manis ketika belajar di universiti


Kenangan Dengan Permainan Solitaire dan Zuma Ball Shooters

Kawan-kawan lain dah sibuk ke Lowyat cari software permainan komputer yang baru, masa tu saya tetap kekal dengan Solitaire. Lepas tu ada seorang kawan baik saya yang bagi saya game Zuma Ball Shooters dan suruh saya cuba. Mula-mula tu tak rasa nak cuba, tetapi selepas sekali dua cuba bermain terus sampai berjam-jam depan komputer. 

Sekarang dah ada berbagai jenis permainan online yang lebih senang diakses tetapi kebanyakannya berbayar. Jadi untuk semua yang nak cuba main Solitaire sambil mengimbau kenangan dulu boleh cuba main permainan PC di Solitaire.org ni. 

Senang tak perlu dimuat turun ke komputer ataupun ke telefon.

main game solitaire percuma


Seronok sebenarnya main permainan PC percuma macam Solitaire ni. Dalam masa kita nak kejar masa dan poin untuk lengkapkan semua kad-kad tu kita belajar jadi lebih peka, belajar untuk berfikir dengan lebih pantas dan juga efisien. 

Apabila semua kad-kad sudah disusun dengan betul hah!  Masa kita dah berjaya itu macam suatu kelegaan tau.  Hilang sekejap tekanan belajar masa itu. 


Jenis Permainan PC Yang Boleh Dimainkan Percuma

Selain daripada Solitaire dan juga Zuma Shooter Ball, antara jenis permainan percuma lain ialah seperti mencari barang tersembunyi (Find Hidden Objects). Ralit betul main cari barang ni. Boleh jadi berjam-jam juga nak mencari barangan tersembunyi sampai semua dijumpai. 

Kemudian baru dapat naik level yang lebih tinggi dan lebih mencabar minda. Makin naik level maka permainan akan jadi lebih susah untuk menang. Tetapi itulah cabaran dan adat dalam permainan.

Cari objek tersembunyi

Sekarang ni main pun lebih kepada nak legakan tekanan sekejap selepas buat kerja rumah atau mengajar anak buat kerja sekolah. Lagi satu sebab ianya percuma dah tak perlu bayar untuk dimainkan. Kalau guna telefon pun boleh main terus di browser dan menjimatkan ruang memori sebab tidak perlu dimuat turun macam aplikasi permainan yang lain. 

Kalau nak cuba boleh main terus dekat Solitaire.org tanpa perlu bayar ataupun muat turun ke telefon.

8 comments:

  1. Betul2 mengimbau zaman lalu bah Ni.
    Semua game tu kak pip suka. Kalau yg Zuma ni, ya Allah my husband boleh main berjam jam .. ketagih betul dia main Zuma tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ! betulkan kak Pip. Sama laa Zuma tu memang boleh stay berjam-jam sebab nak selesaikan :)

      Delete
  2. Solitaire..kelakar pulak kenangkan dulu2. Itu jelah game yang tau..haha
    Zuma..kurang suka sebab pening pusing-pusing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, masa tu semua komputer ada game nih je hehe

      Delete
  3. Zuma tu sampai sekarang masih main lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalahhh..memang selagi tak menang

      Delete
  4. Teringat dkt kakak pertama.kali dpt pc 2005 dia bagi sha sbb dah ada laptop xda internet time tu main game ini la yg kad tu best smpai abis ada 3 level kan hahah..kngan btul la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenangan kan...menguji minda juga game2 nih semua :)

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]