Resipi Ayam Masak Halia dengan Cendawan Shitake

Kalau balik ke rumah mak mertua saya antara lauk yang biasa dihidangkan ialah Ayam Masak Halia dengan Cendawan Shitake. Dulu sebelum kahwin tak pernah seumur hidup saya masak masakan yang berasaskan cendawan shitake. Lagi-lagi cendawan shitake ini biasanya dijual dalam bentuk sudah dikeringkan dan kecut. Lepas dah berumahtangga barulah saya belajar cara masak cendawan shitake dengan ayam ataupun bahan-bahan lain.


Pilih Cendawan Shitake Yang Berkualiti 

Cendawan shitake ini biasanya kalau kita jumpa dekat pasar tu ada macam-macam gred. Dulu saya ingat semua sama sahaja. Rupanya kalau nak beli pun kena la pilih gred yang betul. 

Kadang-kadang bukan tak nak beli yang biasa, tapi nanti rendam la lama mana pun cendawan shitake ini tak akan kembang cantik dan lembut. Susah nak kunyah nanti apabila dah dimasak.

Okey jom tengok resipi ayam masak halia yang di campur sekali cendawan shitake. 


ayam masak halia dengan cendawan shitake


Ayam Masak Halia dengan Cendawan Shitake

Bahannya adalah seperti dibawah :
  • 200-300gram isi ayam atau bahagian ayam dipotong kecil
  • Secubit lada putih 
  • 1/2 sudu kecil garam 
  • Bawang putih - 2 ulas (dihiris nipis)
  • Halia - sebesar ibu jari ( dihiris nipis)
  • Sos tiram - 2 sudu makan
  • Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah (kira-kira suku sudu makan)
  • Tepung jagung untuk salut ayam
  • Cendawan Shitake kering - 2 ke 3 keping
  • Minyak masak untuk goreng ayam
  • Air

Cara Masak Ayam Halia bersama Cendawan Shitake:

  • Perap ayam dengan sedikit garam dan juga lada putih dalam setengah jam 
  • Cendawan shitake kering direndam air panas sehingga lembut dan dihiris
  • Kemudian salutkan ayam perap dengan tepung jagung dan ratakan
  • Kemudian panaskan minyak dan goreng ayam sehingga setengah masak 
  • Alihkan ayam yang sudah digoreng dahulu tadi
  • Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali
  • Tumiskan hirisan bawang putih sehingga naik bau dan layu
  • Tambahkan hirisan halia, cendawan dan juga sos tiram
  • Kemudian tambahkan ayam tadi dah gorengkan sebentar 
  • Tambah setengah cawan air dan rebus sehingga ayam masak sepenuhnya
  • Bancuhkan tepung jagung tadi dengan sedikit air
  • Tambahkan kedalam masakan
  • Perasakan dengan garam secukup rasa
  • Masak sehingga kuah pekat dah alihkan kedalam pinggan/mangkuk
  • Sedia dihidangkan 

ayam halia bersama cendawan
Rupa cendawan shitake selepas kembang


ayam halia dimasak dengan cendawan shitake
Tumis bahan hiris sehingga naik bau


Suami biasa beli di kedai sensei Cina satu paket adalah dalam 10 ke 15 biji. Harga agak mahal juga berbanding dekat pasaraya. Tapi kalau habis saya beli je yang biasa jual di pasar. Ikut pilihan masing-masing. Selamat mencuba semua.



8 comments:

  1. yes..ammi pun suka lauk ni.
    pendek kata semua lauk chinese style ammi suka walaupun ammi ni campuran Jawa + India. Mana dtg tekak cina ntah

    ReplyDelete
  2. saya pun suka Shiitake. Thanks share resepi. Selalu jumpa menu macam ni di restoran Cina muslim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, memang asalkan masakan masyarakat Cina :)

      Delete
  3. Menywlerakan bila ada shitake, perap dulu ye pasti sedap.. Ada resepi senang rujuk sini, thanks

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]