Beli Pedang Diamond Minecraft

Lepas je habis sesi PdPR anak-anak suka sangat main Minecraft. Lepas tu gigih minta pedang diamond Minecraft pula. Saya beritahu sebelum beli kena tolong buat kerja rumah dulu, kemudian kumpul duit upah bantu buat kerja dan beli selepas bajet cukup.


Beli Pedang Diamond Minecraft di Shopee

Dalam beberapa minggu mengumpul bajet cukup juga akhirnya. Jadi saya tunaikanlah permintaaan nak beli pedang diamond Minecraft yang popular ni.

Cari dekat Shopee sahaja lebih mudah. Semua ada di sana. Cumanya kena tunggu dalam seminggu lebih baru sampai ke rumah sebab barangnya dihantar dari China. Korang nak beli boleh tengok di Shopee. Saya letakkan linknya di bawah.

pedang diamond minecraft
BELI DI : SHOPEE 


Apa Itu Permainan Minecraft?

Entah saya tak berapa faham sangat permainan Minecraft ini. Cumanya saya tengok cara bermain ada dua jenis iaitu sama ada Creative ataupun Survival Mode. Boleh pilih salah satu untuk bermain. Yang bagusnya permainan ini seolah-olah Lego tetapi secara virtual.

Anak-anak boleh membina rumah, bangunan atau apa-apa sahaja yang mereka fikirkan. Perlu kreatif dan mempunyai imaginasi tinggi untuk jadikan setiap binaan itu seperti yang kita mahukan. Kita juga seperti mempunyai dunia yang tidak terbatas jika berada dalam permainan. 

Selain itu, ianya juga boleh dimainkan dengan pemain yang lain didalam dunia Survival. Pemain perlu sama ada bekerjasama untuk melawan 'Mob' (mobile object) iaitu karakter sedia ada kawalan komputer atau non-player character (NPC) di dalam permainan supaya boleh terus survive atau kekal bermain.

Minecraft juga telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu permainan video terhebat dan berpengaruh serta telah dimasukkan ke dalam World Video Game Hall of Fame pada bulan Jun 2020.

Jaga Masa Bermain Permainan Komputer


Walaupun permainan ini ada sisi baiknya tetapi saya tetap menjaga masa bermain komputer anak-anak. Walaupun kadangkala ada juga kelonggaran yang diberikan tetapi perkara lain juga harus diutamakan seperti siapkan dahulu homework dan juga solat. Selain itu anak-anak juga harus belajar bersosial dan berinteraksi secara bersemuka dengan orang lain. Bukan hanya secara virtual (alam maya).

Zaman sekarang ini pelbagai jenis aplikasi permainan smartphone dan juga komputer ada dan mudah diakses. Jadi kita sebagai ibubapa juga harus selalu memantau supaya anak-anak tidak menjadi lalai.

Tidak silap saya, beberapa bulan lepas Kementerian Pendidikan Malaysia ada menganjurkan pertandingan Minecraft Challenge menerusi platform Minecraft ( Education Edition). 

Apapun anak-anak korang main permainan apa di rumah ? Jom kongsikan di komen. 

Reactions

Post a Comment

4 Comments

  1. Wahh menarik ni. main-main jugak. belajar-belajar juga. Saya hadiahkan anak saudara saya ukelele. Dia ketuk2 ja benda tu hahaha. apa lah saya expect budak 3 tahun nak main ukelele kkikiki macam beli untuk diri sendiri sebenarnya :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, tak apa pun. Boleh jadi sebagai pendedahan awal gitu.

      Delete
  2. Belum ada anak lagi. Hihi. Tapi memang smart pedang tu. Harap anak-anak lebih rajin belajar bila dah dapat hadiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, terima kasih. Harap tak abaikan pelajaran sambil bermain.

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]