Resipi Sizzling Yee Mee Chinese Style

Kali ni saya cuba masak sizzling Yee Mee Chinese style sedap macam dekat kedai gitu. Minggu ni memang masak Chinese style saja. 

Entah la kenapa tekak ni rasa teringin betul nak makan kat satu kedai makan Chinese muslim dekat dengan rumah ni. 

Tapi disebabkan dine-in masih belum dibenarkan, jadi saya cuba masak sendiri kat rumah. Alhamdulillah menjadi juga.

Jom saya nak kongsikan cara-cara masak masakan ala cina yang agak popular ini. Dulu-dulu kalau ke Aeon mesti singgah Foodcourt makan Sizzling Yee Mee. Seingat saya paling sedap pernah dicuba ialah di Foodcourt KLCC. 

Resipi yang saya kongsikan saya olah dari sumber Johorfoodie. Saya tak masukkan lada hitam. Tapi kalau nak masukkan ikut resipi asal pun boleh.


resipi sizzling yee mee


Resipi Sizzling Yee Mee Chinese Style

Bahan-bahannya:

  • Halia seinci (hiris nipis-nipis)
  • Bawang putih 3 ulas (hiris nipis juga)
  • Kicap cair 2 sudu
  • Kicap pekat 3 sudu (nak lebih pun boleh ikut selera)
  • Sos Tiram 3 sudu
  • Cendawan shitake 3 butir 
  • Isi ayam 200 ~ 300 gram potong kecil
  • Stok ayam (yang jenis kiub pun boleh)
  • Tepung jagung atau tepung ubi untuk pekatkan kuah


Cara-Cara Masak Sizzling Yee Mee Macam Di Kedai:

Sediakan Kuah Dahulu

  • Cendawan shitake direndam dalam air panas sehingga lembut
  • Potong cendawan kecil-kecil atau belah 4 bahagian
  • Mula-mula panaskan minyak masak 
  • Tumis bawang putih dah juga halia sehingga naik bau (jangan sampai hangus)
  • Kemudian masukkan sos tiram dan juga semua jenis kicap
  • Tumis sebentar
  • Kemudian masukkan sedikit air untuk elakkan bahan tumis hangus
  • Masukkan potongan ayam dan kacau sehingga masak
  • Tambahkan cendawan dan juga secawan air
  • Rebus sehingga bahan masak
  • Masukkan stok ayam (saya guna kiub ayam Knorr dipotong setengah sahaja) ke dalam rebusan
  • Rasa dulu kuahnya kemudian baru tambah garam atau gula ikut selera anda.
  • Kemudian bancuh satu sudu tepung jagung/ubi ke dalam satu cawan air
  • Tambah perlahan ke dalam rebusan dan biarkan kuah pekat.


Langkah Untuk Masak Yee Mee Bersama Kuah

  • Mula-mula ambil satu hotplate atau pinggan/bekas tahan bakar (tahan panas). Saya gunakan pinggan aluminium tahan panas api dapur
  • Letakkan di atas api dapur (bukaan api sederhana)
  • Susun satu keping/bahagian yee mee di dalam pinggan/hotplate
  • Tambahkan kuah pekat ke atas yee mee dan mula naikkan tahap kepanasan api dapur
  • Tambahkan sayur sawi (saya guna salad sebab sawi habis)
  • Tambahkan telur sebiji ke dalam hotplate jika suka
  • Panaskan sebentar sehingga telur sedikit masak (ikut tahap yang anda suka)
  • Sedia dihidangkan 

resipi sizzling yee mee

resipi sizzling yee mee

resipi sizzling yee mee

Kuah Sizzling Boleh Guna Untuk Clay pot Rice Bowl

Siap! Memang sedap betul rasanya. Kalau nak beli Yee Mee ada dijual di pasaraya dekat bahagian mee kering. Kuah pekat untuk sizzling yee mee ni kalau anda nak buat Clay pot Rice Bowl pun boleh. 

Lebih kurang sahaja resipinya. Cuma lepas masak nasi dalam clay pot tu tambah je kuah untuk sizzling nih. Sedap juga.

Ada yang dah pernah cuba buat Sizzling Yee Mee homemade tak? 

Macam mana sedap tak?
Reactions

Post a Comment

3 Comments

  1. cendawan shitake tu antara penyebab jd sedap kan... nak cuba lah nanti lama betul tak makan kat kedai menu nih...
    tq share ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2 Dana. Kalau tak guna shitake tak jadi nanti. Sama2 :)

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]