Selamat Menyambut Pesta Kuih Bulan & Pesta Tanglung

Selamat menyambut perayaan Pesta Kuih Bulan (Mid-Autumn Festival). Semalam husband bawa balik kuih bulan dari office. Terus buka dan potong untuk dimakan bersama anak-anak ketika makan malam. Perayaan Kuih Bulan ini disambut oleh masyarakat Cina pada hari ke-15 pada bulan ke lapan mengikut kalendar Cina. Hari ni adalah ketika bulan penuh dan cantik.


Sediakan Kuih Bulan Sedap dan Juga Tanglung 

Pagi ni selepas sesi PdPR, anak-anak dah sibuk sediakan  tanglung masing-masing untuk dinyalakan pada malam nanti.

Kalau tidak mesti sambung main computer game Minecraft.

Setiap tahun kebiasaan kami balik ke kampung sebelah suami. Tapi sebabkan tidak boleh lagi nak merentas negeri maka sambut di rumah sahaja lah malam nanti. Tanglung pun beli yang kecil-kecil sahaja senang anak-anak nak handle.

Selain dari kuih bulan daripada office suami, kami ada juga beli kuih bulan di Aeon. Tahun ini kami beli dari jenama Tianje pula. Satu kotak ada empat jenis kuih bulan yang mempunyai pelbagai perisa. 

Dua jenis dah dibuka dan makan bersama anak-anak. Memang sedap !

Kalau saya pula suka yang ada salted egg yolk tetapi biasanya harganya sedikit mahal. Salted Egg Yolk Mooncake ini melambangkan keadaan bulan penuh. Kebetulan perisa itu yang suami dapat dari office. Memang bertuah betul sebab tidak perlu beli. 


kuih bulan halal dan pesta tanglung
Cantik pula bekas untuk kuih bulan ni.

kuih bulan halal dan pesta tanglung
Pelbagai bentuk kuih bulan

kuih bulan halal dan pesta tanglung
Salted Egg Yolk, Lotus Seed & Black Sesame Mooncakes

Secara tradisinya ketika sambutan Pesta Kuih Bulan ini setiap keluarga akan membuat kuih bulan untuk dimakan bersama-sama. Selain itu tanglung juga akan disediakan dan dibawa berarak beramai-ramai di jalan pada waktu malamnya. 

Pelbagai jenis tanglung dihias dengan cantik dan berwarna-warni dapat dilihat pada sambutan Pesta Kuih Bulan.

Sekarang pula terdapat banyak jenis kuih bulan yang halal yang ada dijual di pasar raya. Terdapat juga pelbagai jenis perisa dan juga bentuk serta corak yang menarik.

Jadi, kau orang macam mana? Dah pernah cuba rasa dan makan kuih bulan? 

Reactions

Post a Comment

13 Comments

  1. saya pernah makan yang lotus seed sahaja. Lama pulak tak makan kuih bulan ni. selamat menyambut pesta kuih bulan dan pesta tanglung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sedap tu lotus seed. Saya pun suka juga..:)

      Delete
  2. sedapnya kuih bulan..
    td bru mkn tp yg kedai eco punya.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ! Menarik juga tuh, nanti saya nak try juga

      Delete
  3. Selamat Menyambut Pesta Kuih Bulan & Pesta Tanglung pada yang menaymbutnya!

    ReplyDelete
  4. comelnya kuih bulan tu memacam warna dan corak... adik2 akak peminat kuih bulan... setiap tahun rajin mereka pesan, akak sorang je yang tak berapa minat kuih bulan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2. Menarik tengok coraknya tuh

      Delete
  5. gebu mcm baulu je kan, tp wak x makan kuih bulan nih walaupun halal., huhuhu

    ReplyDelete
  6. betul tu..sekarang banyak yang halal dah dijual..mcm2 perisa ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul setuju juga. macam2 perisa yang sedap ada.

      Delete
  7. teruja tengok design kuih bulan , kreatif dan cantik

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]