Servis Penulisan Artikel | Tulis Untuk Anda

Servis menulis artikel atau penulis upahan adalah salah satu cabang perkhidmatan yang saya sediakan di blog ini selain dari mereka bentuk blog (blogspot) untuk klien. Dengan keadaan sekarang, pelbagai perniagaan telah dipasarkan melalui kaedah digital dan lebih moden. 

Jika anda perlukan seorang penulis untuk sediakan pelbagai bentuk penulisan artikel untuk diterbitkan di laman sesawang syarikat anda maka saya sedia membantu.


Servis Menulis Artikel | Penulis Upahan @ Ghoswriter

Penulis upahan ataupun lebih popular dengan panggilan ghostwriter ini adalah individu yang menulis bagi pihak anda. 

Penulisan yang dihasilkan atau dituliskan penulis upahan tidak akan dikreditkan kepada nama mereka.

Mereka hanya mengambil upah untuk bantu menulis untuk anda tetapi keuntungan atas penerbitan tersebut adalah milik anda. 

Mereka hanya mendapat upah sebagai penulis sahaja.


servis penulisan artikel ghoswriter


Servis Penulisan Untuk Anda.

Minat saya tentang dunia penulisan memang bermula sejak dibangku sekolah menengah lagi. Saya suka menulis tidak kira tentang perkongsian pengalaman peribadi, hal dan isu-isu semasa, cerita tentang teknologi terkini ataupun cerpen pendek. 

Cuma sekarang saya lebihkan kepada menjadi seorang ghostwriter iaitu saya menulis untuk orang lain sama ada untuk individu ataupun syarikat.

Anda perlukan seseorang yang boleh membantu menulis artikel untuk website ataupun blog syarikat dan perniagaan anda? 

Maka anda telah sampai ke halaman yang betul. 

Servis penulisan artikel ini saya dedikasikan bagi membantu rakan blogger ataupun pemilik blog perniagaan yang mempunyai kekangan masa untuk menghasilkan artikel bagi menaikkan jenama syarikat ataupun blog.

Buat masa ini servis penulisan artikel tertumpu kepada artikel dalam Bahasa Melayu sahaja terlebih dahulu.

Penulisan Mesra SEO (Search Engine Optimization)

Penulisan yang bagimana yang anda mahukan? Penulisan secara santai ataupun teknikal? 

Anda pilih dan beritahu saya. 

Dengan kemahiran dan pengetahuan yang saya ada, artikel yang dihasilkan adalah unik serta mesra SEO supaya ianya dapat diindeks dengan baik oleh enjin carian seterusnya menempatkan artikel yang diterbitkan tersebut dikedudukan yang baik di halaman enjin carian. 

Akhir kata :

Sekian dulu untuk kali ini, Saya sedar saya mungkin tidak mempunyai pengalaman yang luas atau dikenali dalam bidang penulisan ini. Namun, saya mengharapkan dengan keyakinan dan juga peluang yang anda berikan untuk saya akan digunakan dengan sebaik mungkin. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan servis yang saya tawarkan sila hubungi saya dengan mengisi borang (contact form) di kanan blog atau klik pautan di bawah;

Penulis Upahan Anda :

Hubungi Saya [ KLIK SINI ]


Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Menarik..saya kira nak berurusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, email kepada saya ye..isi borang dibahagian kanan blog.

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]