Masak Sup Sayur Tauhu Dengan Cendawan Telinga

Tak sangka dah masuk bulan September untuk tahun 2021. Macam cepat betul masa berlalu kan? Kejap je rasa dah menghampiri hujung tahun. Apapun, semoga baik-baik sahaja lah semuanya. Cara masak cendawan telinga ni saya paling suka kalau dimasak lemak cili api. Tapi untuk kali ni saya masakkan dengan tauhu petak dan juga lobak putih dan merah.


Cara Masak Cendawan Telinga Dalam Sup Sayur & Tauhu:

Cendawan telinga ni boleh dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Dari sup, masak lemak cili api ataupun dengan ayam. Ikut kreativiti masing-masing juga.

Bahan-Bahan untuk Sup Sayur Cendawan:

  • Tauhu petak (keras) - 1 ke 2 biji
  • Lobak putih - 1 biji (sederhana besar)
  • Lobak merah - 1 biji (sederhana besar)
  • Daun bawang
  • Garam secukup rasa
  • Stok ayam

Cara Memasaknya:

  • Mula-mula cendawan telinga dibersihkan dan direndam dengan air suam sebentar
  • Bersihkan dan potong membulat lobak merah dan putih 
  • Kerat daun bawang memanjang ataupun menyerong
  • Sediakan air rebusan dan masukkan stok ayam segera ataupun guna rebusan daging/tulang ayam 
  • Kemudian masukkan cendawan telinga serta hirisan lobak, rebus sebentar
  • Kemudian masukkan potongan dadu tauhu keras, rebuskan sebentar
  • Akhir sekali masukkan keratan daun bawang
  • Perasakan garam secukup rasa
  • Sedia untuk dihidangkan. 


sup cendawan telinga dengan tauhu dan lobak putih
Sup yang sudah dimasak.

sup cendawan telinga dengan tauhu dan lobak putih
Tauhu, lobak dan juga cendawan telinga

Masa tiada idea nak masak untuk makan tengahari tu boleh la cuba resipi sup tauhu, sayur dengan cendawan telinga ini. Mudah sangat nak disediakan dan juga kurang gunakan minyak. Jadi sesuai juga untuk korang yang sedang berdiet. Selamat mencuba.

10 comments:

  1. makan ratah saja pun sedap ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul2, sesuai untuk yang sedang berdiet hehe

      Delete
  2. Sedap tu lagila ada tauhu dan cendawan tu, kira makanan sihat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe konon nak diet juga nih, tu yang masak simple je

      Delete
  3. sedapnya hirup kuah time2 ujan huhuu

    ReplyDelete
  4. sedap juga..xpernah lg masak guna cendawan telinga ni..

    ReplyDelete
  5. cepat je dah bulan 9 kan..menarik..tak pernah lagi merasa cendawan telinga ni

    ReplyDelete
  6. best...lagi sedap lawankan dengan sambal gesek

    ReplyDelete
  7. makan panas-panas sedap ni. pastu hirup kuah.

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]