Susu Pisang Farm Fresh Memang Ternyata Sedap

Susu Pisang Farm Fresh ni rupanya memang sedap. Sebenarnya sebelum ni skeptikal juga sebab dah cuba dengan beberapa jenama susu pisang yang lain tapi tak kena dengan selera. Pertama kali rasa susu pisang tak silap masa ke Korea beberapa tahun lepas. Di sana memang sangat popular dengan susu berperisa pisang dan buah-buahan yang lain. 


Kenapa Susu Pisang Farm Fresh Sedap?

Pada pendapat saya, masa mula-mula cuba susu pisang dari Farm Fresh ni, rasa pisangnya lebih asli berbanding dengan jenama baru yang lain. Bau pisang lebih kurang menyengat dan juga rasanya juga lebih sedap.

susu pisang farm fresh sedap
Beli botol besar terus

Baca Lagi : Suka Makan Telur Ayam Kampung? Jom Borong Sini

Kami sekeluarga dekat rumah nih memang jenis minum susu dari dulu lagi. Macam saya guna susu segar untuk dicampurkan dengan bancuhan kopi. Ala-ala coffee latte macam tu. Kalau ada peluang ke Aeon ke Giant ke memang saya akan cari macam-macam jenis susu untuk dicuba. 

Untuk susu pisang Farm Fresh ni anak-anak pun kata sedap. Jadi memang saya akan beli lagi untuk buat stok susu dekat rumah. 

Ada yang dah cuba ke susu pisang dari Farm Fresh ni? 

Macam mana sedap ke tidak?

3 comments:

  1. susu farm fresh mmg sedap tapi yang pisang tak pernah cuba... bila dah kata sedap itu yang nk cuba tu

    ReplyDelete
  2. Belum cuba lagi. Baca juga ramai kata sedap

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]