Mudah Rupanya Buat Dalgona Candy

Assalamualaikum semua, alhamdulillah dapat juga update blog hari ini. Lama tak singgah sebab bercuti di kampung dan juga ada beberapa keadaan yang tidak dapat dielakkan. Okey lama dah buat gula-gula dalgona yang pernah viral hari tu. Saja nak letak sini untuk rujukan masa depan.

Kisahnya anak-anak main squid game dalam Roblox. Drama Squid Game tu saya tak bagi mereka tengok sebab ada adegan yang tidak berapa sesuai untuk anak-anak bawah umur.

Tapi macam mana diaorang ni tahu mengenai dalgona candy ni? 

Sebab game di Roblox tu ada game yang kena pecahkan bentuk gula-gula dalgona tu. Jadi dari situ la idea nak try buat muncul. Okey jom saya kongsikan cara-cara nak buat gula-gula dalgona yang katanya sangat popular di Korea ni. 

Masa saya ke Seoul dulu tak perasan pula orang jual. Mungkin sebab belum viral agaknya. 


Resepi Gula-Gula Dalgona Mudah:

Bahan-bahannya;
  • Gula pasir dalam 2 - 3 sudu makan
  • Soda bikarbonat ( secubit kecil- agak-agak je)
  • Senduk tahan panas (tahan api dapur)
  • Parchment paper/kertas minyak (yang buat alas untuk baking tu)
  • Loyang biskut (untuk dijadikan bentuk)
  • Bekas aluminium untuk menekan gula cair (disapukan dengan sedikit minyak supaya tidak melekat dengan gula)

Cara Buat Dalgona Candy:

  • Buka air dapur (sederhana besar)
  • Panaskan gula pasir di dalam senduk tahan panas 
  • Kacaukan gula yang mula mencair (jangan sampai hangus)
  • Apabila semua gula cair masukkan secubit soda bikarbonat
  • Kacau laju-laju sehingga pekat
  • Tuangkan diatas parchment paper tadi 
  • Tekan gula yang cair dengan bekas aluminium sekali sahaja
  • Kemudian tekan dengan loyang kuih (untuk bentuk)
  • Tunggu sehingga sejuk dan sedia untuk dinikmati.

resipi mudah dalgona candy
Kacau jangan sampai hangus.

resipi mudah dalgona candy
Sikit je soda sebab kalau banyak nanti pahit.

resipi mudah dalgona candy
Tuang atas kertas parchment (kertas minyak)

resipi mudah dalgona candy
Jadi lah dua bentuk untuk anak berdua.


Caramel Ice Latte dengan Dalgona Candy

Hah! Jadi dah gula-gula Dalgona nih. Anak-anak seronok nak pecahkan ikut bentuk acuan tu sahaja. Rasa sedikit sahaja lepas tu tak nak dah. Gula-gula Dalgona ni jangan dibuang kalau tak habis, tetapi boleh dicampurkan dengan bancuhan air kopi. Boleh la buat caramel ice latte ke kan, sedap!

Selamat mencuba semua. 


Reactions

Post a Comment

10 Comments

  1. Uish... memang senang sangat ni.. Tapi tu laaa.. mood belom mai lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang ja, inshaAllah menjadi. Try la nanti :)

      Delete
  2. banyak kali dh anak mintak nk buat dalgona ni..xthu la bila nk dtg rajinnya.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, try la buat sis. Kejap je prosesnya.. :)

      Delete
  3. buatnya mudah tapi rasanya mesti manis leting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Dana, memang manis. Tu budak2 pun tak boleh habiskan..manis sgt.

      Delete
  4. Menarik tu, nampak mudah tetap perlu caranya, terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sis..betul, kalau tak follow cara tak menjadi nanti.

      Delete
  5. masa mula-mula minat drama korea dulu pernah nampak la buat dalgona ni pastu penah try tapi x jadi hahaha masa tupun umur tak cukup lagi.. ni angkara squid game naik balik nama dalgona candy ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah kan rupanya Dalgona ni dekat Korea. Sejak drama Squid Game tu baru jadi viral..

      Delete

Terima kasih atas komen dan sudi singgah blog saya

[ Comments at your own responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988 ]