Dah lama nak cuba produk skincare halal dari Kitsui. Bukan sahaja sebab ianya antara rangkaian produk skincare halal Korea tetapi khas untuk penjagaan kulit muka untuk jadikan kulit cerah dan nampak lebih bermaya. 



Kitsui Korean White Skincare
Sesuai untuk kulit kering dan sensitif

Saya memang suka sangat tengok cara orang Korea tekun jaga kulit muka mereka. Antara rutin yang mereka lakukan setiap hari dalam menjaga kulit muka ialah cuci muka dengan menggunakan cleansing gel (pencuci muka) kemudian menyapu toner diikuti serum seterusnya menyapu moisturiser ataupun pelembap untuk keseluruhan kulit muka.

Oleh kerana kulit saya dari jenis kering, jadi saya cuba set Biru Kitsui Korean White Skincare (Untuk Kulit Normal dan Kering).  Antara masalah utama yang selalu saya hadapi dengan kulit jenis kering ini ialah sangat cepat naik jeragat dan juga bintik-bintik hitam. 

Selain itu munculnya garis-garis halus terutamanya di kawasan garis senyum di tepi bibir dan juga di bawah mata. 


Antara Kelebihan Kitsui Korean White Skincare:

Produk Kbeauty skincare halal Korea dari Kitsui ini mengandungi bahan seperti Niacinamide (Vitamin B3), Willow bark, Allantoin, Vitamin C, Coenzyme Q10, Galactomyces Rice Water, Rosemary Extract dan juga Hyaluronic Acid. Bahan-bahan telah diuji dapat membantu menyegar dan melembapkan wajah dengan kulit kering tanpa rasa melekit ataupun berminyak. 

Ianya juga dirumus khas untuk bantu mengecilkan pori, mengurangkan kemunculan bintik hitam dan juga anti-bakteria

Lagi satu masalah untuk orang yang ada kulit kering ialah kebanyakan pencuci muka tidak mesra kulit. Maksudnya, selepas dicuci kulit akan rasa ‘ketat’ dan juga tegang. Selain itu kebanyakan pencuci muka di pasaran akan membuat kulit kering rasa merengsa dan juga gatal-gatal selepas dicuci. Jadi untuk itu saya memang agak cerewet kalau nak cuba mana-mana jenis pencuci muka biasa. 


Korean White Cleansing Gel - Normal & Dry Skin (Blue):


Pembersih untuk kulit kering dan normal ini anti ketidakselesaan dan anti kering.  Formula pembilasannya telah diperkaya dengan empat bahan aktif iaitu Coenzyme Q10 memperlambat timbulnya tanda penuaan. 

Niacinamide (vitamin B3) mencerahkan kulit dan membantu kulit kekal lembap dan bebas kemerahan, vitamin E meningkatkan penghidratan kulit dan juga mengandungi ekstrak Rosemary untuk memaksimumkan keselesaan dan meningkatkan keberkesanannya terhadap kulit kering . 

Yang saya suka dengan Kitsui Korean White Cleansing Gel ini ialah ianya membersih dengan cekap  dan menghilangkan makeup secara berkesan tapi tanpa rasa kering atau merengsa selepas kulit dicuci. 

Biasanya kalau orang kulit kering ini, kalau nak cari pencuci muka mesti tak nak ada rasa kulit 'ketat' dan pedih je selepas dicuci. ia membantu mencerahkan kulit, menghalang kulit daripada kendur dan berkedut, melembapkan dan melicinkan kulit dan mencegah tanda penuaan.


Korean White Toning Lotion - Normal & Dry Skin:


Antara langkah penjagaan kulit muka yang sering diabaikan ialah menyapu toner selepas mencuci muka. Pemakaian toner sebenarnya sangat digalakkan kerana ianya membantu menanggalkan sel kulit yang mati dari permukaan kulit wajah kita. 

Pengumpulan kulit mati ini sebenarnya boleh menyebabkan kedutan muncul dan kulit juga akan tampak kusam.ia membantu mengembalikan keseimbangan kelembapan semulajadi kulit wajah, mencerahkan kulit, mengangkat kotoran dari liang pori wajah dan mengurangkan kadar whitehead dan blackhead.

Antara bahan aktif yang terdapat dalam toner Kitsui Korean White Toning Lotion ialah Niacinamide. Bahan ini dapat membantu meredakan jerawat dan menjadikan tekstur kulit lebih baik dan juga dapat meningkatkan penghidratan kulit. Ini semestinya akan menjadikan kulit muka kita lebih sihat serta tidak kering atau mengelupas.Coenzyme Q10 membantu menegangkan dan menganjalkan kulit.

Galactomyces Rice Water membantu mengurangkan saiz liang pori dan mencerahkan kulit, Rosemary membantu mengurangkan pigmentasi dan memperbaiki tona kulit wajah. 


Kitsui Korean White Essence Serum:


Antara kebaikan serum Kitsui Korean White Essence ini ialah dapat membantu memperbaiki masalah kulit wajah, memudarkan bintik-bintik hitam atau jeragat di kulit wajah. Selain itu ianya juga membantu menghilangkan garis-garis halus dan juga kedutan serta mengembalikan semula keremajaan kulit.

Ianya juga dapat melembapkan kulit seterusnya membuatkan kulit lebih cerah , bersih , licin dan nampak lebih gebu serta bermaya. Kitsui Korean White Essence Serum ini juga sesuai untuk kulit kering dan sensitif. 


Korean White Moisturizer:



Teksturnya ringan dan sangat segar. Sesuai untuk kulit kering dengan kesan tekstur penyerapan yang kuat. Ianya mengandungi Galactomyces rice water yang dapat membantu mengecilkan pori, kurangkan kedutan serta menghilangkan garis-garis halus di wajah. 

Niacinamide mencerahkan, melembap dan menghaluskan kulit. Hyaluronic Acid membantu mengurangkan masalah kulit kusam dan warna kulit tidak sekata. Coenzyme Q10 membantu melambatkan tanda penuaan seperti bintik hitam, garis halus dan kedutan. 

Skincare Bebas Bahan Berbahaya:

Untuk pengetahuan korang, ramuan untuk Kitsui Korean White Skincare series ini telah mendapat sijil Halal JAKIM dan telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa. Semua produk Kitsui Skincare juga bebas alkohol dan hanya menggunakan essential oil (EO) sebagai pewangi semulajadi. 

Bahan-bahan yang digunakan juga dari sumber semulajadi yang dipilih khas untuk disesuaikan dengan setiap jenis kulit. 

Kitsui Skincare bebas dari bahan berbahaya antaranya:

  • Sumber haiwan 
  • Pewarna tiruan
  • Paraben
  • Bahan toksin  
  • Sulfat 
  • Perfume
  • Paraffin 
  • Silicone
Kitsui Korean White Skincare

Produk Kbeauty skincare Kitsui adalah dari bahan-bahan semulajadi dan juga berasaskan tumbuh-tumbuhan (vegan). Jadi untuk korang yang nak cuba produk Kitsui Korean White Skincare ini boleh la beli secara online di link yang saya letakkan di bawah artikel ini. 


Kitsui, Cantik Semulajadi !

Grab your KITSUI now at the pharmacist near you!

Enjoy 10% Off with no min. spend with any purchase of KITSUI Skincare at Kitsui’s Official Website or Shopee today using CODE ‘ KITSKIN ‘!

Kitsui Website : https://kitsui.com.my/

Kitsui Official Shopee Mall : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq

Kitsui Official Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia

Kitsui Skincare Official Instagram : https://instagram.com/kitsuiskincaremy

TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/

Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty