Review Filem Mechamato Movie [2022]

Min
0

Sejak iklan filem Mechamato ni keluar di TV anak-anak dah berbunyi nak pergi tonton di pawagam. Cuti awal-awal cuti lepas tak sempat nak beli tiket disebabkan kebanyakan masa tayangan penuh. 

Jadi akhirnya dapat juga beli tiket di tengah minggu mengambil kesempatan cuti akhir tahun yang perlu dihabiskan.

Filem ini kami tonton di pawagan GSC Midvalley Southkey pada Selasa lepas. Kami beli slot jam 3.30 petang. Ingatkan tak ramai. Tetapi ramai juga yang bawa ahli keluarga menonton. Mungkin faktor cuti sekolah agaknya.

review filem mechamato movie 2022
Mechamato Movie Merchandize

Filem animasi Mechamato Movie menemui penonton bermula 8 Disember di semua pawagam yang ambil bahagian. Penerbitnya Nizam Abdul Razak dengan seluruh team Monsta Studio telah bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh penonton. 

Sinopsis Filem Mechamato Movie

Alien jahat yang bernama Grakakus telah cuba merampas Mechabot. Mechabot merupakan power sphera yang mempunyai kuasa mechanize yang boleh menukarkan alatan lain menjadi pelbagai peralatan canggih dan berteknologi tinggi. 

Selain itu filem animasi Mechamato Movie ini berlatarbelakangkan pemandangan di Bandar Hilir Melaka. Selain itu, mereka berdua juga dibantu oleh Maskmana yang bertindak melindungi bandar ini dari ancaman musuh. 


Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi oleh Amato dan juga Mechabot untuk berusaha mengalahkan General Grakakus dan pengikutnya yang ganas. Alur ceritanya berkisar tentang bagaimana Amato berjumpa dengan Mechabot buat pertama kali. 

Jadi sebenarnya cerita ini adalah permulaan kepada siri animasi Mechamato yang telah disiarkan di Netflix sebelum ini. 

Selain itu juga penonton digalakkan untuk tunggu sehingga habis untuk end credit kerana ada siaran extra. Korang kena tengok yang ini. Serius!

Review Dari Pandangan Peribadi

Secara keseluruhan memang terbaik dari segi animasi yang lebih terperinci dan gambar yang berkualiti. Maskmana pula nampak macam lebih menyerlah pula dalam cerita sampai anak-anak pun asyik sebut tentang watak ini lepas movie habis. 

Selain itu, cerita ni unik sebab rasa tak pernah lagi nampak filem animasi ketengahkan secara detail tentang seni silat dan juga makanan Malaysia seperti karipap. 

Oh ye, kalau korang dan tengok siri Mechamato di Netflix sebenarnya Mechabot ni suka makan karipap. Lucu pula robot makan karipap.

Selain itu lagu latar oleh Yonniboii juga terdengar serasi dengan filem animasi Mechamato. Ulang kali juga saya dengar di Youtube selepas habis tonton filem ni.

Jadi adakah mereka berdua berjaya dalam misi mengalahkan General Grakakus dan kuncu-kuncunya? 

Ini korang kena tengok sendiri di pawagan.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top