Ubat Sakit Tekak Yang Bagus

Alea
0

Lama dah cari ubat sakit tekak yang elok dan mujarab hilangkan sakit tekak ni. Macam-macam ubat dah cuba, tapi tak berkesan. Ceritanya macam ni, suami dah lama sakit tekak. Tak tahu la sebab apa. Nak kata demam tak demam pun. 

Katanya tekak tak selesa. Akhirnya mak saya yang cadangkan cuba satu petua untuk hilangkan sakit tekak ni. InsyaAllah berkesan katanya.


Petua dan Ubat Hilangkan Sakit Tekak Dengan Berkesan

Salah satu cara yang kami cuba ialah ambil madu dan juga cuka epal. Tapi kalau nak beli satu-satu kan agak mahal. 

Lagipun siapa lah nak habiskan cuka epal banyak-banyak tu kan.

Apa yang kami buat? Kami beli je madu cuka epal yang sedia ada dalam pasaran. Kebetulan masa tu kami ke Melaka. 

Jadi dari arah toll Ayer Keroh tu masuk ke kanan. Kami ke Giant B Bee Farm Ayer Keroh. Sebotol besar tu dalam kira-kira harga RM70 macam tu. Berat 1 kg sebotol. 


Sakit Tekak Beransur Hilang

Cara pengambilannya dalam dua sudu selepas makan. Ambil dua kali sehari macam tu. Suami pun kata sakit tekak beliau makin berkurang dan batuk pun dah tak teruk macam dulu. 

Jadi, sekarang ni memang kami buat stok madu cuka epal ni di rumah. Memang sentiasa ada. Selain dari cuka epal, minyak kelapa dara (VCO) juga boleh diamalkan untuk menguatkan imunisasi badan. 

Anak-anak pun kami beri kalau mula sakit tekak dan batuk. Selain makan ubat klinik. 

Semoga bermanfaat.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top