Sebenarnya dah lama dah pergi beli and try minum air Bubblebee Shuib Sepahtu nih tapi nak join juga la review. Beli masa sebelum PKP masa cawangan Mydin gelang Patah baru dibuka. Ramainya orang beratur nak beli.
Lagi pula masa tu tengah promosi pembukaan memang macam kena hurung la kan kedai nih. Jadi, sedap ke tak sebenarnya air Bubble Bee Shuib nih?
Korang dah try ke air BubbleBee menu yang paling sedap?
Jom baca review peribadi saya seterusnya.
Manisnya Seperti Senyumanmu
Saya beli tiga jenis air masa tu iaitu Golden Series Ice Cream, Chocolate Brownies dan juga Refreshing Honey Lemon. Antara ketiga-tiga nih saya rasa paling okey ialah Refreshing Honey Lemon. Fizzy gitu rasa dia.
Sebab beratur tengah panas masa tu jadi saya sedut yang nih dulu haha ! Manakala untuk Chocolate Brownie rasa agak 'berat' pada saya. Tapi anak saya suka yang Chocolate Brownie nih.
Golden Series Bubble Bee Shuib Sepahtu
Untuk Golden series ada madu flake, boba dan aiskrim vanilla serta cornflakes. Wow! berganda-ganda manis rasanya. Saya tak berapa suka manis tapi sebabkan nak rasa tadi dan dengan harga promosi masa pembukaan maka dibeli juga.
Harganya memang biasalah untuk minuman dengan pelbagai bahan begini. Dan disebabkan ada madu jadi pada saya agak reasonable.
Saya rasa kalau untuk mereka yang dah biasa minum atau suka makan manis tak jadi masalah. Ikut pada selera masing-masing la kan.
Pada saya kalau korang tak berapa suka manis boleh mintak staf kurangkan madunya jika order lagi nanti. Boleh je dieorang adjust inshaAllah.
![]() |
comel pulak gamba lebah tu |
![]() |
Beratur di tengah panas |
![]() |
Siap dah order saya ! |