Apa Maksud Crush Dalam Bahasa Melayu Sebenarnya?

Min
0

Perkataan crush ini saya dah dengar dari zaman sekolah menengah lagi. Kalau sekarang pula dah jadi perkara biasa. Lagi-lagi kalau tengok dekat twitter atau sosial media yang lain. Apa maksud crush dalam Bahasa Melayu? 

Slang ini kebanyakkan digunakan dikalangan anak-anak remaja dan belia. Kalau diterjemahkan secara terus ianya bermaksud 'hancur'. 

Tapi tak mungkin hancur pula ya kalau dalam perhubungan.

Apa Maksud Crush Yang Sebenarnya?

Kalau ibu bapa dengar anak-anak bercerita sesama mereka tentang crush bermaksud mereka sedang bercerita tentang seseorang yang mereka sukai dalam diam. 

Slang crush digunakan untuk maksud seseorang yang disukai dalam diam dan sukar untuk didekati. Perkataan itu juga digunakan untuk orang yang disukai tetapi tidak memberi respon atau perasaan yang sama. 

Seolah cinta atau suka dari sebelah pihak sahaja. Crush boleh jadi antara rakan sebaya, artis yang diminati ataupun orang yang tidak kenali langsung.

Baca lagi : Best Online Jobs From Home

Crush dan Secret Admire

Boleh jadi juga crush itu adalah seseorang yang didambakan atau dalam kata lain secret admire. Dahulu kalau dekat sekolah lebih suka guna perkataan secret admire. 

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top