Terdapat banyak kebaikan bertungku untuk wanita yang merupakan amalan popular di Malaysia terutamanya selepas bersalin. Amalan ini juga masih lagi diamalkan oleh kebanyakan wanita di Asia dan semakin dikenali di luar negara.
Ia juga adalah suatu tradisi amalan turun temurun sejak dari dahulu lagi.
Apa Kebaikan Bertungku Untuk Wanita?
Selalunya lepas bersalin kita disarankan untuk jaga pemakanan dan kesihatan. Ini untuk pastikan supaya badan kita cepat sembuh dari luka bersalin dan juga kembali cergas. Saya masih ingat ketika melahirkan anak yang pertama, amalan bertungku ni mesti dibuat.
Masa tu sebab berpantang di rumah sendiri, saya dapatkan bantuan dari pembantu berpantang berbayar (confinement lady) untuk datang ke rumah.
Selain tukang urut yang datang untuk mengurut dari hari ke empat selepas bersalin. Hari nak mengurut ni sebenarnya ikutlah tubuh masing-masing.
Kalau rasa dah agak kuat boleh mulakan dari hari kedua selepas bersalin semasa dah kembali ke rumah dari hospital.
Antara kebaikan bertungku untuk wanita terutamanya selepas bersalin termasuklah;
- Bantu mengecutkan kembali rahim
- Melancarkan aliran darah nifas keluar
- Bantu melangsingkan dan mengembalikan bentuk badan
- Menyegarkan badan yang letih selepas bersalin
- Membantu keluarkan angin dalam badan
![]() |
Sekarang batu tungku dah ada dijual di Shopee |
Bertungku Untuk Bantu Hilangkan Bengkak Susu
Masa ni biasanya dah mula bengkak susu sebab belum lagi mahir nak menyusukan anak. Jadi apa yang tukang urut buat ialah bertungku di bahagian ketiak bawa ke arah dada.
Ia bertujuan untuk memecahkan susu beku dan bantu melancarkan kembali aliran. Sakit kan kalau masa bengkak susu jadi.
Rasa macam nak menangis menahan sakit. Pada saya, bertungku memang sangat-sangat membantu ketika itu.
Baca Lagi: Best Online Part-Time Jobs For Moms
Bertungku Untuk Bantu Lancarkan Haid
Teruskan Amalan Bertungku
![]() |
Beli yang jenis elektrik juga boleh |