Throwback Pengalaman Travel ke Hong Kong

Min
0

Kisahnya laptop lama rosak teruk lepas update. Laptop tu memang dah lama sangat sampaikan skru antara skrin dengan keyboard pun dah tertanggal. Sadis sungguh sebab banyak gambar lama tersimpan dalam tu. 

Jadi saya contact kawan lama dan tanya kalau-kalau dia ada gambar masa kami ke Hong Kong lepas.

Tapi?

Sedihnya dia punya laptop lama pun rosak jadi gambar yang ada boleh recover dari Facebook sahaja. Apapun saya bersyukur sangat sebab ada la gambar sikit yang boleh dibuat kenangan. 

Jadi saya nak letak sini la kalau-kalau ada masa boleh rujuk balik nanti. Perjalanan kami ke Hong Kong masa tu sebenarnya sebabkan flight direct ke Xi'an masih belum ada. 

Jadi kena transit di Hong Kong dulu. Tapi dah alang-alang tu kami stay di Hong Kong dalam dua hari jalan-jalan dulu sebelum ke Xi'an China.

Antara tempat menarik di Hong Kong Yang Kami Lawati :

  1. Victoria Harbour Waterfront, Tsim Sha Tsui
  2. Avenue of Stars
  3. Hong Kong, A Symphony of Lights
  4. Central–Mid-Levels Escalator

Central–Mid-Levels Escalator ini mempunyai sistem yang meliputi jarak lebih dari 800m (kira-kira 2600 kaki) dan mempunyai ketinggian lebih dari 135 meter (443 kaki) dari bawah hingga ke atas. 

Gambar tak dapat diselamatkan tapi masih kekal dalam memori kami yang kami mengambil masa yang agak lama juga untuk sampai ke atas. 

Bandar yang sangat sibuk


travel to Hong Kong
A Symphony of Lights
 
 
Macam dalam cerita TVB pula
 

Inilah antara gambar-gambar yang dapat diselamatkan dari Facebook. Yang lain memang tak ada la nampaknya. Sedih tapi bersyukur sebab ada juga walaupun tak semua. Alhamdulillah. 

Terima kasih kepada kawan lama sebab sudi carikan semula gambar-gambar lama ni di Facebook beliau.
Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top