Kitsui Glow Sakura Sarang Burung Walit Royal Bird Nest : Tingkatkan Aura Wajah Secara Semulajadi dengan formulasi dari Korea

Min
0

Bestnya kalau dapat kekalkan aura wajah kita secara semula jadi kan? Bila dah selalu sangat terdedah dengan radikal bebas dan pancaran UV sel-sel kulit akan rosak.

Maka kulit kita akan mudah kusam, tidak bermaya dan juga menua dengan lebih cepat. Semestinya kita nak kulit glow semula dengan pencerah kulit yang selamat dan berkesan.

Betul tak?



Okey untuk kali ni saya nak share dengan semua pengunjung blog ni tentang produk terbaru dari jenama Kitsui iaitu Kitsui Glow Sakura. 

Ianya didatangkan dengan kotak yang cantik dan juga peket individu (individual sachet) yang mudah untuk dibawa sesuai untuk mereka yang sentiasa sibuk dengan urusan harian.

Kitsui Glow Sakura Formulasi Dari Korea

Saya dan try beberapa pilihan produk dari jenama Kitsui. Setakat ni kan semuanya best-best belaka dan menarik. Lagi satu bahan-bahan yang digunakan dalam produk Kitsui serasi betul dengan tubuh dan juga kulit saya.

Nak tahu kenapa?

Ini kerana produk dari Kitsui diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi untuk jadikan kulit glow dan juga cerah berseri secara dari dalaman.

Dan pada saya yang paling penting produk keluaran Kitsui ni dibuat dengan ramuan yang halal, berkualiti tinggi dan juga semula jadi.

Selain itu ramuan untuk produknya adalah daripada bahan-bahan premium dan terbaik. Jadi sangat sesuai untuk penuhi keperluan hidup gaya moden kita semua.

Diformulasikan Dengan Bahan Premium dan Terbaik

Untuk pengetahuan korang semua bahan yang diformulasi untuk Kitsui Glow Sakura ni adalah halal JAKIM serta dipilih dengan untuk disesuaikan dengan keperluan kulit dan badan kita.

Antara bahan premium dan terbaik yang digunakan ialah seperti ekstrak sakura, sarang burung walit serta Korean Ginseng dan juga buah delima.

 Setiap sachet mengandungi 58 kalori sahaja dan semestinya dihasilkan dengan teknologi terkini yang diimport dari Korea. Jadi, tak hairanlah kalau Kitsui Glow Sakura ni memang pilihan yang terbaik untuk mereka yang nak jaga kulit supaya sentiasa cantik.

Bahan-bahan yang digunakan juga bebas bahan-bahan berbahaya dan tidak memudaratkan tubuh dan juga kulit kita.

Kitsui Glow Sakura

1- Sarang Burung Walit

Sarang burung sudah digunakan dari zaman berzaman lagi dalam bidang kecantikan. Sarang burung walit yang digunakan dalam Kitsui Glow Sakura dapat membantu pertumbuhan dan juga baik pulih sel-sel yang rosak akibat radikal bebas.

Ianya mengandungi faktor pertumbuhan epidermis (EGF) yang mampu meningkatkan pengeluaran kolagen dalam kulit.

Kolagen ni lah yang dapat memastikan kulit kita sentiasa kelihatan muda. Selain itu juga membantu kita dalam memastikan kulit mengalami penuaan yang sihat. Maksudnya kulit kita tidak kelihatan lebih tua daripada usia yang sebenar.

2- Ekstrak Sakura

Ekstrak sakura dipercayai dapat membantu mencerahkan kulit kusam. Selain itu ianya juga dapat membantu menjadikan kulit kita lebih sihat serta kelihatan lebih berseri. Selain itu menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Molecular Nutrition & Food Research, Jepun ekstrak dari bunga sakura juga mengandungi antioksida.

Antioksida ini yang bantu memperlahankan proses penuaan kulit kita. Seterusnya dengan amalan penggunaan yang berterusan dapat membantu menjadikan kulit lebih sihat serta cantik.


3- Korean Ginseng

Korean ginseng dapat menghidrat semula sel- sel kulit kita dengan cara memastikan peredaran oksigen dalam darah berfungsi dengan baik. 

Selain itu Korean Ginseng ini juga dapat membantu meningkatkan peredaran darah sekitar kawasan kulit dengan cara regenerasi semula sel-sel.

Dengan itu ianya akan membantu membuatkan kulit jadi lebih cerah, glowing, serta tampak lebih sihat.

4- Buah Delima

Buah delima diketahui mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. Buah delima juga digunakan untuk bantu mengekalkan kulit supaya sentiasa glowing serta sihat. Selain itu buah delima mengandungi antioksida yang dapat membantu melindungi sel kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dan bantu kurangkan keradangan kulit muka.

Kebaikan dan Kelebihan Kitsui Glow Sakura

Antara kebaikan dan juga kelebihan Kitsui Glow Sakura ni ialah ianya dapat bantu mencerahkan kulit terutamanya di celah pelipat, di bahagian leher, ketiak dan juga di celah peha.

Dengan bahan-bahan premium yang digunakan dalam setiap sachet dapat mengalakkan semula penghasilan kolagen secara semula jadi. 

Oleh itu proses penuaan dapat diperlahankan dan kulit akan kelihatan lebih anjal serta berseri-seri.

Kitsui Glow Sakura sangat-sangat sesuai untuk bantu melembutkan kulit kita seluruh badan. Antara kelebihan lain termasuklah;

  • Dapat menyerikan kulit secara semula jadi
  • Bantu cerahkan kulit seluruh badan terutamanya di celah pelipat, leher, ketiak serta di celah peha
  • Mengekalkan kecantikan & kelembutan kulit terutama pada bahagian wajah
  • Membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas dan sinaran UV
  • Menghidratkan semula kulit dan elakkan kulit menjadi kering

Kesan Dari Penggunaan Kitsui Glow Sakura

Kalau dah ambil dengan konsisten apa kesan pada tubuh dan kulit kita? Dengan formulasi terkini dari Korea antara kesan yang akan korang dapat ialah;

1- Mencerahkan:

Bantu mencerahkan kulit seluruh badan terutamanya di celah-celah pelipat, leher, ketiak dan juga di celah peha.

2- Melembutkan:

Bantu melembutkan kulit yang kasar akibat penuaan.Antara yang best ni tentang Kitsui Glow Sakura ialah melembutkan kulit. Ianya bantu melembutkan kulit terutamanya dibahagian kulit muka disamping kekalkan kecantikannya.

3- Melindung:

Bahan-bahan yang terdapat dalam satu sachet Kitsui Glow Sakura mengandungi antioksida dan anti radang. Ianya juga dapat membantu melindungi kulit dari sinar UV bahaya yang dapat merosakkan sel-sel kulit.

4- Penghidratan:

Bahan-bahan terbaiknya juga dapat membantu mencegah kulit dari menjadi kering serta kusam. Ianya juga dapat membantu mengurangkan masalah kulit kering terutamanya di bahagian mata dan tapak kaki melalui penghidratan.

Kitsui Glow Sakura ini diformulasikan untuk korang yang ada masalah seperti;

  • Kulit sensitif dan sering kemerahan
  • Mempunyai liang pori yang besar dan kulit yang berminyak
  • Kulit kusam terutamanya di bahagian celah peha, leher dan juga di bawah lengan dan ketiak
  • Mempunyai masalah kulit kering di bahagian muka dan juga tapak kaki
  • Mempunyai masalah keguguran rambut dan masalah ekzema
  • Dan juga untuk mereka yang sentiasa terdedah pada sinaran UV

Sesuai untuk yang mempunyai masalah di atas.

Selain itu juga Kitsui Glow Sakura ini sangat sesuai untuk korang yang sentiasa sibuk dengan urusan harian disamping nak jaga kulit dan juga tubuh. Cara penyediaannya juga sangat mudah sebab didatangkan dengan sachet.

Korang cuma perlu bancuh setiap sachet dengan shaker dan minum serta amalkannya setiap hari. Mudah kan?

Apabila kita jaga kesihatan tubuh dari dalaman maka hasilnya akan kelihatan pada kulit dan juga tubuh yang lebih segar serta berseri.

Produk Kitsui Bahaya Ke?

Semua produk Kitsui adalah selamat digunakan kerana semua produk telah pun lulus kesemua ujian makmal. Boleh rujuk pada gambar ujian makmal yang sudah diluluskan untuk bahan-bahan yang digunakan dalam Kitsui Glow Sakura.

Jadi kita sebagai pengguna memang tak perlu risau tentang bahan-bahan yang digunakan dalam Kitsui Glow Sakura ini. Semuanya dari bahan semula jadi dan juga terpilih untuk bantu kekalkan kesihatan kulit kita dari dalaman.

Kitsui, Cantik Semulajadi !






Dapatkan di farmasi berdekatan anda!

𝐃𝐢𝐬𝐜𝐨𝐮𝐧𝐭 𝐕𝐨𝐮𝐜𝐡𝐞𝐫 𝐂𝐨𝐝𝐞 + 𝐅𝐫𝐞𝐞 𝐆𝐢𝐟𝐭

Guna code “KITSGLOW” semasa checkout & nikmati 25% off (capped at RM2) di Kitsui Official Shopee Mall

  • Kitsui Glow Sakura Shopee Mall : https://shopee.com.my/product/100810671/11687667678?smtt=0.100812150-1646634584.3
  • Kitsui Website : https://kitsui.com.my/
  • Kitsui Official Shopee Mall : https://shopee.com.my/kitsui.my.hq
  • Kitsui Official Lazada Mall : https://www.lazada.com.my/shop/kitsui-beauty-store
  • Kitsui Official Instagram : https://instagram.com/kitsuimalaysia
  • TikTok : https://vt.tiktok.com/ZSJUoshPn/
  • Facebook : https://www.facebook.com/kitsuimalaysia
  • Youtube : https://www.youtube.com/c/KitsuiBeauty

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top