10 Cabaran Bisnes 2022. Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman

Min
0

Dalam keadaan pandemik yang melanda dunia pelbagai kesan domino dari segi ekonomi, kesihatan dan juga pendidikan yang menjejaskan kualiti hidup segenap lapisan masyarakat telah berlaku. Hujung tahun 2021 juga dilihat kesan terbabit semakin memberi impak lebih-lebih lagi di Malaysia. 

Ini terutamanya apabila terjadinya pelbagai bentuk bencana alam, kejatuhan nilai mata wang dan juga peningkatan nilai inflasi yang membawa kepada kejatuhan ekonomi domestik seterusnya kepada negara.

Keadaan ini sudah tentu memberi tekanan hebat kepada usahawan dan juga peniaga-peniaga kecil untuk terus bertahan dalam dunia perniagaan dan keusahawanan jika ianya berterusan.


Serba Sedikit Mengenai RichWorks

Richworks International merupakan sebuah syarikat multinasional yang sering menganjurkan pelbagai jenis seminar keusahawan yang terbesar Asia Tenggara.

Richworks telah melatih lebih daripada 10,000 syarikat melalui Master Coach Dr. Azizan Osman dan telah berjaya membantu menaikkan nama dan membina jenama (branding) usahawan-usahawan terlibat dalam masa dari enam (6) ke 24 bulan. 

Manakala antara misi dan visi RichWorks adalah untuk menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 melalui pelbagai program yang dapat diakses secara atas talian (online).

Sumbangan Richworks pada masyarakat 

RichWorks telah berjaya menjalankan 13 program keusahawanan dan dapat membantu hampir 605,000 orang pada tahun lepas. Program ini merupakan tajaan sepenuhnya RichWorks.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd memberitahu juga bahawa pihaknya juga tidak ketinggalan dalam usaha menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

Tentang Datuk Wira Dr Azizan Osman 

Memulakan karier hidup dengan sederhana tetapi akhirnya Datuk Wira diiktiraf sebagai jurulatih bertaraf dunia oleh International Coach Guild (ICG) dalam bidang perniagaan, pemasaran, kepimpinan dan penguasaan potensi diri.

Dr Azizan Osman juga telah berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila memperoleh pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

10 Cabaran Bisnes Pada Tahun 2022

Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman akan berkongsikan perspektif 10 cabaran bisnes pada tahun 2022 dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official pukul 8 pagi, Ahad ini

Terdapat banyak perkara dikaji beliau dalam tempoh dua minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah pun dijangka dan telah disebut-sebut sejak Ogos tahun lalu. Kenaikan sesetengah barang juga dilihat berlaku sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Keadaan Tidak Mudah Untuk Peniaga Tahun ini

Oleh sebab demikian, maka sangat kritikal untuk semua ada kesedaran ini lebih-lebih untuk mereka yang sedang menjalankan perniagaan. Ini kerana keadaan tidak akan lebih mudah untuk tahun 2022 ini.

Beliau juga turut berkongsi mengenai peluangnya bertemu dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina dan mereka memberitahu bahawa banyak syarikat sedang tutup ataupun sudah lingkup. Mereka juga sangat terkesan dengan keadan ekonomi semasa walaupun mempunyai kilang di China namun buntu soal pemasaran.


Beliau turut sedar untuk memulakan bisnes atau perniagaan dari kosong memang agak susah dan ketika ditanya mengenai jenis perniagaan yang bagus ketika ini, beliau juga turut terdiam serta buat pertama kalinya sukar memberikan jawapan atas soalan berkenaan.

Kebiasaan yang peniaga lakukan dari tahun-tahun sebelumnya akan membuatkan perniagaan ‘Mati’. Hal ini kerana jelasnya pasaran bergerak sangat perlahan dan pengguna tidak lagi berbelanja secara agresif seperti sebelum ini.

Pergerakan Pasaran Sangat Perlahan

Menurut Dr. Azizan lagi jika masih kekal dengan usaha normal,anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus. Kumpulan bimbingan dibawah RichWorks, Titanium jika tidak berusaha bersungguh untuk berkembang dan lebih perlahan dari pasaran maka perniagaan mereka hanya menunggu masa untuk ‘mati’. 

Namun begitu terdapat peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium (Titan) yang sangat agresif dan sanggup berjuang sepenuh hati untuk berkembang malah mengekalkan momentum.

Beliau tegaskan sekali lagi bahawa pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Jika kuasa membeli semakin kurang dan para peniaga dan usahawan tidak lebih laju daripada pasaran, maka perniagaan hanya menunggu masa untuk lingkup. 

Hargai apa yang anda ada sekarang dan buat dengan lebih baik serta agresif lagi. Bayangkan apa yang anda boleh lakukan jika terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong. 

Tentu tidak mudah.  Dan antara masalah yang selalu terjadi pada mereka yang sudah ada bisnes dan  juga tahu lubuk pasaran yang perlu diteroka, ialah mereka ‘malas’ untuk engage lagi. Sekali lagi ditakan oleh beliau apabila pasaran perlahan maka orang bisnes perlu lebih pantas. 

Perlu guna semua platform yang ada.

Jika takut-takut maka anda akan ketinggalan.

Kesimpulan 10 Cabaran Bisnes 2022

Semoga usaha dari team RichWorks ini dapat membantu mereka yang dalam kebuntuan mencari jalan keluar dan juga meningkatkan kembali perniagaan masing-masing. 

Para usahawan dan pembaca yang berminat boleh klik saluran Telegram Azizan Osman (Official) untuk sertai Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Program akan diadakan setiap Ahad sepanjang Februari ini bermula pada jam 8.00 pagi.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top