5 Cara Buat Duit Dengan Blog

MinMin
0

Anda dah ada blog sendiri? Dan sekarang nak cuba cara buat duit dengan blog? Terdapat pelbagai cara untuk jana pendapatan daripada blog sama ada secara pasif ataupun aktif.

Untuk anda yang belum ada blog dan berminat untuk buat blog boleh baca di tutorial buat blog dahulu. Pada permulaan kalau masih belum ada bajet yang besar boleh cuba untuk bermula di Blogspot.

Tetapi anda boleh juga terus sahaja mula berblog di WordPress kalau ada modal untuk mendaftar domain dan juga hosting.



Antara Cara Buat Duit Dengan Blog Adalah;

1- Jual Produk atau Ejen Dropship

Sebagai contoh kalau anda ada bisnes sendiri maka boleh pertimbangkan untuk menjual di blog sendiri. Ataupun jika anda adalah seorang ejen produk orang lain ataupun menjual secara dropship serta buat duit dari blog dengan cara ini.

Macam saya pernah jadi ejen produk yang ada sediakan link untuk customer terus klik dan lakukan pembelian atas talian.

Maka kita tak perlu susah payah bungkus dan hantar produk ke customer.

Cara sebegini jika anda berminat anda boleh cuba dengan dropship di Shopee. Daftar sebagai ejen dropship dan promote produk di blog serta sediakan link untuk customer beli produk tersebut.

2- Produk Review

Apabila blog anda sudah ada pembaca dan pengunjungnya sendiri maka anda boleh mula buat review untuk produk pelbagai jenama. Tapi pada saya kalau anda nak buat review biarlah produk tersebut betul-betul bagus.

Kalau boleh anda juga bersetuju untuk buat review berbayar secara berhemah. Jangan buat review yang overclaimed dan mengelirukan pengguna kelak.

Servis Blog Review

Selain daripada produk review, anda juga boleh buat servis blog review.

Hah? Macam mana tu?

Ianya adalah dengan menulis untuk review blog lain dengan berbayar. Anda boleh email pada pemilik blog untuk tulis mengenai blog mereka dengan sedikit upah. Tetapi macam biasa tulis lah dengan berhemah.

Apa yang mereka dapat? Mereka akan terima backlink daripada blog anda pula.

3- Pengiklanan

Blog secara naturalnya akan mempunyai pembacanya sendiri. Tetapi dengan syarat anda perlu rajin tambah baik dan juga berikan info yang berguna untuk pembaca.

Selain itu jika blog sudah ada trafik maka anda boleh memohon pelbagai jenis medium pengiklanan yang ada. Sebagai contoh yang paling popular adalah Google AdSense.

Terdapat juga pelbagai jenis pengiklanan lain selain Adsense contohnya Mediavine, Taboola dan AdThrive. Tetapi mungkin lebih tegas soal jumlah trafik blog dan juga blog authority (nanti saya bincangkan kemudian tentang ini)

Jika syarat-syarat pengiklanan sudah dipenuhi maka blog anda akan diterima dalam program pengiklanan AdSense. Ramai blogger-blogger yang sudah terima dan jana pendapatan daripada sistem pengiklanan Adsense ini.

Bayangkan anda terima pendapatan daripada USD bukannya RM. Maka memang agak berbaloi kalau dapat lulus syarat pengiklan di Adsense atau lain-lain ini.

Ruang Iklan Blog

Antara yang biasa blogger-blogger buat ialah sediakan ruang iklan untuk disewa.

Menarik kan?

Anda ada blog dan trafik yang tinggi maka boleh jadikan sebagai portfolio untuk tarik pengiklan untuk letak iklan mereka di blog.

Harga suatu tapak iklan pula bergantung kepada anda sendiri. Tempoh iklan juga anda boleh tentukan.

4- Affiliate Marketing

Antara affiliate yang popular di Malaysia ialah promosikan Ebook. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke Klikjer yang mana anda boleh daftar sebagai ejen affiliate.

Selain itu kalau anda dah daftar domain untuk blog, kebiasaannya anda boleh daftar sebagai ejen affiliate pendaftar domain tersebut.

Sebagai contoh anda boleh daftar domain blog di NetKL yang akan berikan anda akses untuk jadi ejen affiliate mereka.

5- Tawarkan Kemahiran atau Perkhidmatan

Anda sangat suka menulis? nak jana pendapatan dengan penulisan? Boleh! Ini juga merupakan salah satu cara buat duit dengan blog yang berkesan.

Tawarkan perkhidmatan ini dari blog anda sendiri. Sebagai contoh anda boleh tawarkan perkhidmatan menulis untuk klien di website mereka. Kalau nak belajar menulis boleh cuba klik banner di bawah ini.

Antara perkhidmatan lain yang boleh anda tawarkan;

  • Reka bentuk blog atau landing page
  • Menulis copywriting atau konten untuk customer
  • Jadi Ghostwriter (penulis tanpa nama bagi pihak klien)
  • Pembantu maya (Virtual Assistant, VA)

Soalan Yang Biasa Ditanya Blogger Pemula

1-Berapa Lama Masa Untuk Buat Duit di Blog?

Nak jana pendapatan melalui blog perlukan masa. Bukan hari ini buat terus boleh dapat duit melainkan anda promote secara agresif di semua medium.

2- Macam mana Bayaran Iklan Dibuat kepada Blogger?

Macam AdSense sekarang bayaran dibuat terus ke akaun pemilik blog. Kalau yang lain-lain kebanyakkannya gunakan PayPal.

3- Bagaimana Nak Mula Buat Blog?

Anda boleh mula buat blog dengan tutorial ini buat blog dengan mudah. Blogspot adalah platform percuma yang boleh anda cuba untuk permulaan. Jika nak serius berblog boleh cuba WordPress (berbayar)

4- Cara Untuk Pelawat Datang Ke Blog ?

Untuk permulaan anda perlu tetapkan niche (topik utama) blog. Boleh baca cara tetapkan niche blog. Kemudian boleh kongsikan link blog di media sosial anda sendiri dan di group-group blogger di Facebook.

Jangan cuba-cuba spam link blog anda di mana-mana page Facebook tanpa kebenaran. Kemungkinan untuk link diblok adalah sangat tinggi.

Jika ada soalan berkenaan cara buat duit dari website atau blog ini anda boleh komen di ruangan komen di bawah. Saya akan cuba menjawab persoalan tersebut secepat mungkin.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top