Review Kitsui Korean Whitie Untuk Kulit Lebih Berseri

Min
0

Apabila makin umur meningkat nih antara yang paling susah nak buat ialah nak turunkan berat badan. Dengan keadaan metabolisma yang makin menurun dan juga sistem percernaan yang makin tidak efektif maka masalah seperti sembelit, kulit kusam pun muncul. 


Selain itu masalah lain ialah munculnya bintik-bintik hitam dan juga jeragat. Disebabkan itu antara makanan tambahan yang saya cuba ialah daripada Kitsui iaitu Kitsui Korean Whitie sebagai ikhtiar untuk masalah sembelit dan kulit kusam.


Sebenarnya plan asal nak cuba yang Kitsui Belloss Fiber tapi masa di Watsons tu pembantu kedai cadangkan yang Kitsui Korean Whitie untuk atasi masalah kulit kusam sekali. Nampak menarik je kan maka saya pun beli yang dicadangkan. Kalau nak beli boleh juga beli secara online di Shopee.


Adakah Produk Kitsui Bahaya?

Kitsui adalah produk jenama tempatan dengan 20 tahun di pasaran makanan kesihatan. Semua produk dibawah jenama Kitsui telah lulus ujian makmal. 


Ia juga telah mendapat sijil Halal dari kilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice). Jadi dengan keyakinan ini maka saya tidak teragak-agak untuk cuba produk Kitsui ini



Review Pengalaman Minum Kitsui Korean Whitie

Korean White merupakan produk makanan kesihatan yang telah diperkaya dengan Vitamin A serta zat besi. Oleh itu ianya mampu membantu mengurangkan masalah kulit kusam dari dalam badan. Selain daripada pengunaan krim muka dan serum untuk kurangkan jeragat di kulit muka, penjagaan secara dalaman juga penting.


Bahan utama yang digunakan adalah tumbuhan botani seperti bluberi, anggur yang mengandungi anti oksidan. Bahan lain ialah camu-camu dan juga kolagen marin yang juga mampu meningkatkan pembentukan kolagen serta bantu menjadikan kulit lebih cerah dan anjal dengan pengunaan konsisten. 


Korean White adalah bebas bahan pengawet, gluten, GMO, alergen, antibiotik dan bahan yang boleh mengganggu hormon badan. Selain itu kebaikannya adalah membantu dan;


  • Bertindak sebagai anti penuaan
  • Bantu mencerahkan dan menyerikan semula wajah 
  • Mengecilkan liang pori yang menyebabkan jerawat murah terjadi
  • Bantu mengurangkan bintik-bintik hitam di badan dan wajah
  • Kurangkan Sembelit

Terbaik Untuk Masalah Bintik Hitam dan Sembelit

Saya dah cuba memang terbaik sebab selain untuk bantu masalah jeragat dan bintik hitam, masalah sembelit saya juga berjaya diatasi dengan minum Kitsui Korean Whitie ini. Kalau diikutkan tak ada rasa sangat masam atau pahit dari ekstrak botani tu. 


Jadi jangan risau kalau korang tak suka makan bluberi ke atau anggur. Cara minum dia dengan campurkan satu peket Kitsui Korean Whitie dengan 100-150 ml air suam. 


Biasanya saya ambil sebelum tidur jadi esok paginya inshaAllah akan ‘membuang’ dengan lancarnya. Kalau korang nak start detoks pun boleh cuba mula dengan Kitsui Korean Whitie.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top